Jika sebelum ini Tesla komited dalam mengeluarkan kereta elektrik berkuasa tinggi, pada minggu ini Tesla lari daripada kebiasaan dalam mengeluarkan papan luncur edisi terhad. Menariknya, papan luncur ini ditawarkan dengan harga $1,500 (~RM6097.50) ini telahpun habis dijual di laman web Tesla.

Papan luncur keluaran Tesla ini hadir dengan dua warna iaitu hitam dan merah dengan kolaborasi bersama Lost Surfboards dan Matt ‘Mayhem’ Biolos. Penggunaan gabungan dua jenis material warna antara yang membuatkan papan luncur ini tampil lebih premium.

Difahamkan hanya 200 unit papan luncur ditawarkan sempena pengeluaran pertama ini. Setakat ini papan luncur ini sudahpun habis dijual di laman web Tesla dan kemungkinan bakal ditawarkan semula pada masa akan datang.