Selepas beberapa minggu Tengku Zafrul mengesahkan Tesla bakal beroperasi di Malaysia kelak, laman carian kerja jenama kereta elektrik itu dikemas kini dengan menawarkan beberapa jawatan kosong di Kuala Lumpur.

Menerusi tinjauan awal, terdapat kira-kira sembilan jawatan yang terdiri daripada pelbagai bidang seperti sumber manusia, jurutera & teknologi maklumat, operasi & sokongan bisnes, jualan & sokongan pelanggan dan pemaju projek ‘Home Charging‘ mereka.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →

Baca Juga:

Tesla Mula Buka Beberapa Tawaran Kerja Sempena Operasi Rasmi Di Malaysia Kelak
Sumber Gambar: Tesla Careers

Selain di halaman rasmi Tesla, jawatan kosong ini juga ditawarkan melalui portal Linkedin Tesla yang dapat memudahkan pengguna portal carian kerja itu membuat permohonan.

Penawaran jawatan-jawatan kosong ini bagi memastikan operasi di Malaysia dapat berjalan lancar, lebih-lebih lagi penerimaan prospek pelanggan terhadap jenama Tesla semakin baik dan meluas.

Tesla Mula Buka Beberapa Tawaran Kerja Sempena Operasi Rasmi Di Malaysia Kelak
Sumber Gambar: Linkedin Tesla

Tesla meruppakan pemohon pertama inisiatif BEV Global Leaders MITI, yang mungkin memberikan beberapa konsesi pada keperluan tertentu seperti AP francais.

Syarikat yang diketuai oleh Elon Musk itu tidak bekerjasama dengan mana-mana rakan kongsi pegangan saham di mana-mana negara tempat ia beroperasi, dan pegangan saham Tesla Sdn Bhd dimiliki sepenuhnya oleh Tesla International BV.