Messi dan Ronaldo dalam satu pasukan! Ianya kedengaran sangat menarik. Dan sebelum ini idea tersebut sudah pun diutarakan oleh segelintir peminat.

Terutama sekali ketika David Beckham menjadi pemilik Inter Miami dan mendapatkan Lionel Messi. Ramai yang berhasrat melihat Messi dan Ronaldo bergandingan di Inter Miami. Atau melihat Lionel Messi messi bermain di Arab Saudi pasukan dengan Ronaldo.

David Beckham
FILE PHOTO: Former Manchester United player David Beckham poses on the red carpet before ’99’ World Premiere REUTERS/Phil Noble

Itu cumalah impian daripada peminat dan kini Carlos Tevez sedia untuk merealisasikan impian tersebut.

Messi dan Ronaldo

Carlos Tevez bertekad mahu menggabungkan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bermain dalam satu pasukan.

Carlos Tevez, bekas bintang Manchester United dan Argentina, merancang perlawanan perpisahan di La Bombonera.

Dan dia berazam untuk menyatukan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dalam satu pasukan. Memandangkan kedua dua pemain itu pernah bermain sepasukan dengannya.

Gabungan Messi dan Ronaldo satu pasukan

Tevez, yang bersara pada tahun 2022, menyatakan dalam temu bual dengan rancangan TV Argentina, Olga, bahawa dia akan melakukan segala yang mungkin untuk membawa kedua-dua legenda bola sepak itu bersama-sama dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan perpisahan itu dijangka berlangsung pada penghujung tahun ini di stadium Boca Juniors yang ikonik.

Carlos Tevez, yang pernah bermain bersama Ronaldo di Manchester United dan Messi untuk pasukan kebangsaan Argentina, berhasrat untuk menjemput ramai lagi bintang bola sepak lain yang pernah bersamanya sepanjang kariernya.

Impian Tevez untuk melihat Messi dan Ronaldo bermain dalam satu pasukan akan menjadi tontonan yang menarik dan bersejarah bagi peminat bola sepak di seluruh dunia, memandangkan perseteruan sengit yang pernah wujud di antara mereka berdua. Jika berjaya, perlawanan ini pasti akan menjadi acara yang tidak dapat dilupakan.

Di antara Messi dan Ronaldo kedua-duanya mengumpul 13 Ballon d’Or. Yang menjadikan mereka berdua sebagai dua penerima tertinggi anugerah tersebut.