Persatuan Bola Sepak Vietnam (VFF) dilaporkan sudah mengenal pasti pemain warisan yang beraksi di uar negara untuk diserapkan ke dalam pasukan itu.

Menurut perkongsian Seasia goal, badan itu sudah mengenal pasti seramai 200 pemain warisan terutamanya yang beraksi di liga sekitar Eropah.

Baca Juga:

Syarat VFF Sebelum Beraksi Bersama Skuad Kebangsaan

Jawatankuasa Teknikal VFF yang bertanggungjawab untuk mengenal pasti pemain yang mempunyai pertalian dengan negara itu.

Ketua jurulatih pasukan, Kim Sang-sik sudah memperhatikan dan menjemput pemain yang sesuai dengan corak permainan yang diterapkan.

VFF
Nguyen Xuan Son Rafaelson Fernandes

Antara syarat sukar yang perlu dipenuhi oleh pemain yang mahu beraksi bersama Vietnam ialah mereka perlu beraksi di liga domestik terlebih dahulu sebelum bertukar kewarganegaraan.

VFF
Jason Quang Vinh Pendant

Setakat ini, Vietnam mempunyai Nguyen Xuan Son dan Jason Quang Vinh Pendant sebagai pemain naturalisasi dimana kedua-dua pemain sudah beraksi bersama skuad kebangsaan.