Kuala Lumpur (KL) kelihatan cukup serius untuk menghadapi Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2023 yang akan bermula esok.
Hal ini kerana pasukan pilihan juara tersebut akal membariskan perejam legenda Thailand, Thawisak Thongsai dalam kejohanan yang akan berlangsung di Dewan Bola Keranjang MBMB, Bukit Serindit.
Baca Juga:
- Lihat Pasukan Sepak Takraw Thailand “Menganjing” Pasukan Malaysia
- ‘Warrior’ Jenama Kasut Yang Kini Semakin Popular Di Negara Barat
- Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sukan ‘Chinlone’
Khidmat Thawisak ditagih Kuala Lumpur untuk bergandingan bersama dua lagi pemain berpengalaman iaitu Muhammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan pengumpan, Amirul Zazwan Amir.
Perkembangan terkini itu disahkan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) dalam satu pengumuman pemain di laman Facebook rasmi badan induk tersebut.
Kehadiran Thawisak yang tidak perlu lagi diperkenalkan berikutan kemampuan hebatnya dalam melakukan rejaman ke gelanggang lawan sudah pasti akan menghangatkan kejohanan edisi kedua itu.
Kuala Lumpur telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama juara bertahan, Johor serta Putrajaya bagi acara antara regu manakala bagi acara antara regu pula bakal berhadapan dengan Pulau Pinang dan Kedah.
Selain kehadiran Thawisak, penganjuran Piala Tun Ali 2023 turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran beberapa kelab jemputan dari seluruh Asia Tenggara (ASEAN).
Antaranya ialah Pitsanulok (Thailand) yang turut diperkuatkan oleh bekas perejam skuad kebangsaan negara gajah putih itu, Suriyon Koonpimon.
Tiga lagi kelab terdiri daripada PSTI-Sumut (Indonesia), UNISTAI (Filipina) dan Mayang Putra ST dari Singapura.
Pada edisi sulung tahun lalu, tuan rumah mara ke perlawanan akhir bagi kedua-dua kategori namun tewas kepada Perak (beregu) dan Johor (regu).
Sumber
- Persatuan Sepaktakraw Malaysia - PSM