Pihak pengurusan The Exchange TRX memberikan penjelasan tentang insiden paip saliran sisa makanan yang terkena pada kereta pelanggan baru baru ini.
Insiden yang tular baru baru ini menarik perhatian pengurusan The Exchange TRX yang menyatakan bahawa mereka sudah mengambil langkah pro aktif untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Menurut pihak TRX, mereka sudah pun memberikan perkhidmatan cucian kereta dan sanitasi selepas insiden tersebut.
Pihak TRX kesal di atas apa yang berlaku. Kerana paip saliran sisa makanan itu pecah. Dan pihak pengurusan The Exchange TRX segera menghebahkan perkara itu kepada pelanggan yang berada di dalam pasaraya untuk segera memindahkan kenderaan mereka.
Dalam kenyataannya kepada The Vocket, pihak The Exchange TRX berkata: “Kami mendapat tahu tentang paip sisa makanan yang pecah di bahagian parkir kereta, dan pihak kami segera menghebahkan perkara itu kepada pelanggan kami, agar mereka segera mengalihkan kenderaan mereka.
“Kawasan yang terjejas sudah ditutup dan kerja kerja baik pulih sedang dijalankan.
“Kereta kereta yang terjejas sudah dihantar untuk cucian dan sanitasi selepas insiden itu, pembersihan teliti [deep cleaning] juga diberikan.
“Seterusnya, di masa akan datang, mereka juga boleh menikmati cucian kereta percuma seperti yang ditawarkan kepada pelanggan [yang terjejas].”