Kepada yang bekerja pada waktu pejabat, mesti mood bekerja anda akan lebih gembira apabila hari Jumaat bukan? Sebabnya anda mesti tak sabar nak meluangkan masa dengan rakan dan keluarga apabila tiba malam minggu. Betul tak?
Kalau anda ingin berkumpul makan-makan pada malam minggu, kami cadangkan anda ke The Farm Satay & Grill di Alam Damai, Cheras. Kepada peminat makanan western, kami harapkan anda jangan lepaskan peluang untuk ke restoran ini.
BACA: Vocket Makan… Lamb Chop & Mix Grill Bukit Cheras
Salah satu tarikan di sini ialah layar gergasi untuk tontonan pelanggan yang mana anda boleh menikmati makanan sambil menonton siaran yang disediakan. Hiasan dalaman restoran ini menarik dengan menampilkan citarasa kampung. Frame gambar yang dihiasi di dinding restoran ini penuh dengan gambar kambing. Kenapa kambing?
Daging kambing merupakan signature food restoran ini. Menu istimewa yang kami order adalah satay kambing berharga RM17.90 untuk 10 batang. Hidangan satay ini amat istimewa kerana ia diletakkan di atas hot plate dengan kuah yang panas menggelegak. Kami rasa kuah di atas hot plate itu dan rasanya seperti gula melaka pekat.
Satay kambing yang sangat sedap. Ketika menggigit daging kambing, terasa air dari daging yang sangat lemak. Kuah kacang dihiasi bawang goreng dan kuah kicap bercili serta diperah limau turut dihidangkan. Kombinasi dua kuah ini agak rare namun rasanya sangat sedap apabila dimakan bersama satay kambing. Untuk pengetahuan anda nasi himpit tidak dihidang bersama. Jika anda inginkan, sila buat pesanan lain dari pihak restoran.
BACA: Steak Wagyu Dan Minuman Free Flow Di Restoran Me’nate Steak Hub Starparc Point
Kami juga turut memesan Lamb Chop dengan mushroom sauce berharga RM31.70 dan Cordon Bleu dengan roasted sauce berharga RM13.70.
Lamb Chop dihidangkan dengan dua mashed potato dan coleslaw. Portion yang banyak dan puas hati. Dagingnya lembut dan kami menghirup air daging kambing hingga ke tulang kerana sangat berlemak.
Cordon Bleu ini adalah hidangan lapisan daging ayam yang dibalut dengan lapisan keju dan lapisan ham ayam. Kepingan hidangan ini pula kemudiannya ditutupi dengan bread crumbs atau serbuk roti kemudian digoreng garing seperti tempura. Cordon Bleu di restoran ini dihidangkan dengan tiga gulungan daging ayam, dua mashed potato dan coleslaw. Rasanya memang menyelerakan apabila lemak daripada keju bercampur dengan daging masuk ke dalam mulut. Portion yang banyak ini buat kami mengah untuk menghabiskannya.
Secara keseluruhannya kami sangat berpuas hati berkunjung ke restoran ini. Kami jamin anda pasti tidak menyesal untuk mengunjungi restoran ini. Sila lihat info di bawah untuk menuju ke restoran ini. Ianya terletak di belakang OCBC bank dan agak tersorok dari jalan besar. Gunakan halatuju waze yang telah kami sediakan.
Nama gerai : The Farm Satay & Grill
Lokasi : No.45, Jalan Niaga 1, Alam Damai, Cheras, 56000 Kuala Lumpur (waze)
Layari laman Facebook Page kedai ini.
Waktu beroperasi : Isnin – Ahad 5:00 pm – 2:00 am (Cuti Isnin minggu ketiga)
BACA: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia
BACA juga: Vocket Makan… Nasi Kandar Melayu Apollo di Seksyen 9, Bangi