Filem The Flash sebelum ini hampir ‘dibuang’ oleh Warner Bros. berikutan kontroversi yang terpalit pada pelakon utamanya, Ezra Miller.

Selepas menontonnya, baru kami faham mengapa filem ini ‘diberi peluang’ untuk terus ditayangkan di pawagam. Rugi jika filem ini diperam dan tidak ditayangkan kepada umum!

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jika anda tidak pernah menonton filem Justice League sebelum ini, tidak ada masalah kerana The Flash ada kaitan sedikit sahaja dengan filem tersebut. Pada zaman Justice League, Barry Allen (Ezra Miller) sedar bahawa dia adalah ‘tukang cuci’ dalam kumpulan itu dan kerap dipanggil untuk ‘membersihkan’ kekacauan jika perlu.

Diadaptasi daripada siri komik Flashpoint, Barry tidak dapat pulih daripada trauma emosi kerana kehilangan ibunya dan melihat bapanya dipenjarakan atas jenayah yang bukan dilakukannya.

Kelajuan Flash membolehkan beliau kembali ke masa lampau dan mencipta ‘Chrono-Bowl’, kebolehan untuk beliau ‘membetulkan’ keadaan.

Namun, setiap perubahan walaupun tersangat kecil, akan merubah masa depan dan menghasilkan time branch yang mengganggu timeline yang lain. Apa yang diubah Barry? Itu anda kena tonton sendiri di pawagam.

Penampilan cameo yang mengujakan

Jika Marvel Cinematic Universe (MCU) ada Doctor Strange yang pakar dalam dunia multiverse, DC pula ada The Flash untuk ‘bermain’ dengan konsep multiverse ini.

Tindakan Barry ‘membetulkan’ keadaaan telah mengakibatkan gangguan dalam garis masa dan beliau telah bertembung dengan seorang lagi Barry Allen yang lebih muda (di garis masa lain) yang akan membantunya menewaskan General Zod dan satu ‘entiti misteri’.

“I’m Batman!” – Michael Keaton kekal segak sebagai Batman

Di garis masa inilah munculnya Michael Keaton, antara pembawa watak Batman paling diingati oleh para peminat. Aura beliau dalam filem ini sama sahaja seperti lakonan beliau pada awa tahun 90an yang dahulu.

Ketika filem ini berada di fasa kemuncak, muncul lagi cameo oleh pelakon-pelakon Hollywood yang tidak dijangka. Kemunculan mereka ini kami rasa memang satu fan service untuk peminat tegar DC. Dalam pawagam memang mereka yang ‘lebih berusia’ jadi rasa sangat teruja bila DC belanja adegan tersebut.

CGI yang mengecewakan

Dalam ‘kesedapan’ filem The Flash ini, kami rasa sedikit kecewa dengan efek CGI sepanjang filem ini terutamanya adegan misi menyelamat bayi di hospital. Mungkin ada sebab tersendiri mengapa Warner Bros. tidak terlalu mementingkan bab CGI dalam filem ini.

Apa pun, filem The Flash arahan Andy Muschietti ini satu filem yang seronok untuk ditonton. Andy yang sebelum ini mengarah filem seram IT berjaya menyuntik feel seram dan misteri untuk watak villain cerita ini.

Kami suka filem ini dan kami beri rating 8/10 untuk The Flash. Filem ini ada adegan post-credit dan jangan keluar pawagam awal ya?