Pelumba basikal terkenal negara Azizulhasni Awang atau nama gelarannya The Pocket Rocketman kini kembali menghuni kedudukan nombor 1 dunia dalam acara pecut individu.
Perkhabaran itu dikongsikan sendiri Azizulhasni melalui satu ciapan yang dibuat di akaun Twitter miliknya pagi tadi serta seperti dilaporkan beberapa portal tempatan.
Azizul difahamkan ketika ini mengumpulkan 1,600 mata untuk mengatasi pencabar terdekat Tomohiro Fukaya dari Jepun di kedudukan kedua dengan 1,442.5 mata.
“Kembali ke puncak dunia.
“Nombor 1 untuk pecut individu. Nombor 2 untuk Keirin,” kongsi beliau.
Kembali ke puncak dunia.
World No.1 – Individual Sprint
World No.2 – Keirin
.
Saya rasa gembira dengan berita ranking semasa ini. Sudah tentu ianya menjadi motivational boost buat saya didalam persiapan ke Sukan Olimpik Tokyo Ogos nanti. Bagi saya, pic.twitter.com/4Ik7FRslY6— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) February 10, 2021
Menteri ucap tahniah
Perkhabaran gembira itu turut mendapat perhatian Menteri Belia Dan Sukan Reezal Merican Naina Merican yang turut mengucapkan tahniah buatnya.
Jelas beliau, Azizulhasni sememangnya layak menghuni tempat pertama kedudukan dunia itu.
“Anda sudah lama menjadi nombor 1 di Malaysia.
“Kini tiba giliran untuk mendapatkan tempat anda di puncak dunia,” ciapnya di Twitter.
You’ve already been number 1 in Malaysia for so long… and now you’ve taken your well deserved spot at the top of the world.
Steady Jijoe! @AzizulAWANG
Keep it up.https://t.co/0JIjznRLQk— Reezal Merican (@reezal_merican) February 10, 2021
Baca kembali perkongsian kami mengenai jentera Azizulhasni yang mencecah harga RM300,000 sebelum ini melalui pautan di bawah.
Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020
Biarpun Bertubuh Kecil, Ini 4 Perkara Boleh Dipelajari Daripada Azizulhasni Awang Pocketrocketman
‘Lesen Dan Plat Hanya Akan Mengurangkan Pengguna Basikal’- Azizulhasni Awang