Azizulhasni Awang semalam telah menghadiahkan pingat gangsa buat Malaysia di kejohanan Piala Dunia Berbasikal Trek UCI 2018. Jaguh berbasikal trek negara itu berjaya meraih gangsa setelah sekian lama menantikannya dalam pusingan ke-3 di Velodrom Berlin, Jerman.
https://www.instagram.com/p/Bq29aI0FHBq/
Pingat ini bagaikan menebus semula kekalahan dalam dua siri kejohanan tersebut yang pernah diadakan di Perancis dan Kanada. Menurut maklumat dari laman web UCI, sebelumnya Azizulhasni digandingkan dalam acara lelaki berpasukan dengan dua pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis bagaimanapun gagal untuk melayakkan diri ke separuh akhir.
Acara persendirian telah dijuarai oleh pelumba dari Belanda Matthijs Buchli, tempat ke-2 oleh Matthew Glaetzer dari Australia dan seterusnya Azizulhasni pada tempat ke-3. Kejohanan ini adalah untuk mengumpul mata bagi melayakkan pelumba beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 nanti. Tahniah Azizulhasni.