Seorang influencer dari seberang mendakwa bahawa filem Thunderbolt hampir shooting atau mengadakan penggambaran di Indonesia.
Dia percaya Indonesia adalah pilihan utama oleh Marvel untuk penggambaran filem tersebut sebelum ianya dibatalkan.
Menurut pempengaruh tersebut, Marvel akhirnya memutuskan untuk ke Malaysia sebagai pilihan terakhir mereka.
Menurut pemoengaruh tersebut, alasan menukar lokasi penggambaran adalah kerana Marvel mahukan latar belakang yang paling menepati latar belakang yang mereka mahukan.
Thunderbolt hampir shooting di Indonesia
Lalu Malaysia menjadi lokasi yang menjadi tempat mereka melakukan penggambaran. Latar belakang bangunan Merdeka 118 menjadi bagunan ikonik yang turut muncul dalam filem tersebut.
@movieroger Ga Nyangka Thunderbolts jadi penutup Phase 5 yang baguss banget!!!! AVENGERS: DOOMSDAY lets goooo!! #thunderbolts #marvel #mcu
♬ News, news, seriousness, tension(1077866) – Lyrebirds music
Bintang Marvel jatuh hati dengan Malaysia dan masakannya
Bintang Marvel, Florence Pugh seakan akan hilang kata kata untuk menggambarkan betapa sedapnya masakan dan makanan di Malaysia.
Pugh berkongsi pengalamannya ketika penggambaran filem Thunderbolts di Kuala Lumpur, Malaysia. Di mana filem tersebut turut memaparkan bangunan ikonik Merdeka 118.
Malah dalam trailer filem tersebut juga, memaparkan bangunan kebangaan negara itu.
Pugh akui dia menikmati pengalaman yang menyeronokkan di Malaysia terutama sekali kerana makanan di sini.
Dalam satu mesej video pendek yang dimuat naik oleh GSC Cinemas, bintang Marvel yang memegang watak Yelena Belova dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) itu berkongsi perasaan jatuh cintanya terhadap negara ini serta keterujaannya untuk kembali ke sini suatu hari nanti.
“Saya sangat sukakan masa saya berada di Malaysia. Dan saya betul-betul nak datang balik dan luangkan lebih banyak masa di sana. Sebab makanannya memang gila.”
Bintang Marvel mahu masak masakan Malaysia
Seterusnya Florence Pugh bertekad mahu memasak makanan Malaysia di dalam rancangan Cooking With Flo selepas ini. Dia akui perlu belajar tentang beberapa hidangan terbaik dari negara ini.
Florence Pugh menambah: “Saya perlu belajar beberapa hidangan terbaik [dari Malaysia].
“Tetapi saya akan 100% cuba buat sesuatu dalam Cooking With Flo dengan hidangan Malaysia,” kata bintang Marvel itu lagi dengan penuh rasa teruja.
#Malaysia, this one’s for you! 🇲🇾🥹
We had the exclusive chance to chat with #FlorencePugh about her experience filming right here in Malaysia — including jumping off the #Merdeka118 Tower! 🏙️
Don’t miss Marvel Studios’ #Thunderbolts*⚡ coming to GSC this 1 May! 🎬 Get your… pic.twitter.com/dpzlV6XYsn
— GSC (@GSCinemas) April 29, 2025
Semasa berada di Kuala Lumpur, Florence telah melakukan salah satu babak aksi paling berani dalam filem tersebut: satu aksi lagak ngeri yang melibatkan terjunan dari Merdeka 118, bangunan kedua tertinggi di dunia.
Sebagai tanda meraikan detik tersebut, Marvel telah menyalakan Merdeka 118 dengan persembahan cahaya khas Thunderbolts.