Setiap kali jualan murah, pasti ramai berpusu-pusu ke kedai tersebut untuk mendapatkan barangan yang dimahukan. Setiap pelanggan mempunyai perangai mereka tersendiri dan tidak mudah untuk memuaskan hati semua orang.

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @bellashariman telah berkongsi sebuah video memaparkan situasi dalam sebuah kedai selepas dikunjungi oleh orang ramai untuk membeli-belah.

@bellashariman

#ad Aduhh malu tengok ! #mental #raya2022 #viral #fyp

♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Dapat dilihat dalam video tersebut, kotak-kotak kasut bersepah diatas lantai dan di rak. Situasi tersebut terjadi dipercayai pelanggan kedai kasut tersebut telah mencuba kasut tetapi tidak meletakkan kembali di tempat asal sebaiknya.

Perkara ini seringkali terjadi apabila ada sahaja pelanggan yang mengubah fikiran tidak jadi membeli dan meletakkan barangan di tempat lain. Video tersebut telah mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen bersetuju perkara tersebut sering terjadi di banyak tempat.

Para netizen turut mengatakan bahawa ada segelintir orang tiada common senses dan berasa kasihan pekerja yang perlu mengemas kembali barangan disepahkan oleh pelanggan. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 900 ribu tontonan dan mendapat 39 ribu tanda suka.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket. 

‘Patut Duduk Rumah’- Netizen Kecam Wanita Hamil Terjatuh Ketika Mahu Sertai Cabaran YouTuber Bernilai RM10,000

Wanita Dari Selangor Mahu Pulangkan Perisai Antik Berusia 300 Tahun Kepada Sultan Brunei

Diberi Masa 4 Minit Sahaja Untuk ‘Shooting’, Ryan Reynolds Terkejut Dengan Hasil Kerja Sofyank