Dua pemain Malaysia yang berpangkalan di luar negara, Kobe Chong dan Wan Kuzain dilaporkan semakin hampir untuk menyarung jersi skuad kebangsaan di peringkat antarabangsa.
Laman frfuturetalents mendedahkan kedua-dua pemain itu kini dalam proses untuk mendapatkan pasport Malaysia dan urusan dokumentasi semakin hampir untuk diselesaikan.
Baca Juga:
- Wan Kuzain Dan Kobe Chong Bakal Dapat Pasport Malaysia?
- Statistik Kobe Chong Bagi Musim 2023/24
- Kobe Chong Harap Perkuatkan Malaysia Dalam Masa Terdekat
Perkara ini nyata menghadirkan keterujaan di kalangan peminat bola sepak tanah air dimana sudah lama mereka menanti kedua pemain ini untuk beraksi bersama Malaysia.
Sekiranya proses dokumentasi berjalan lancar, maka Kobe Chong dan Wan Kuzain boleh beraksi bersama skuad bimbingan Kim Pan-gon dalam mana-mana kejohanan atau saingan kelayakan yang disertai.
Akan tetapi, tiada jalan muda bagi kedua-dua pemain untuk mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan meskipun mereka beraksi di liga luar negara.
Dua pemain ini perlu membuktikan kepada Pan-gon yang mereka layak untuk menyarung jersi pasukan negara dan bersaing dengan pemain tempatan lain yang sebelum ini pernah mewakili skuad kebangsaan.
Kuzain kini beraksi bersama kelab MLS Next Pro, St Louis City SC 2 dan pernah sertai kem latihan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara namun khidmat beliau gagal digunakan untuk saingan Sukan SEA 2019 disebabkan oleh masalah dokumentasi.
Bapa kepada Wan Kuzain iaitu Wan Kamal memberikan isyarat bahawa anaknya bakal menyarung jersi skuad Harimau Malaya tidak lama lagi.
“Kuzain akan tiba tidak lama lagi,” dedah Wan Kamal kepada seorang peminat bernama Abrar Sadiq di laman Facebook.
Manakala bagi Kobe pula, beliau ketika ini beraksi bersama kelab bawahan England iaitu Kettering Town selepas beliau meninggalkan Barwell FC pada Februari lalu.
Salah seorang pengguna laman X iaitu Adam Shariman kemudiannya berkongsi statistik yang dicipta oleh Kobe sepanjang musim ini.
Kobe Jae Chong.
Stats this season :-
17 Starts ✅
13 Sub App 💺
1597 Minutes ⏱️
7 Goals ⚽️
6 Assists 🅰️122 mins per G/A from Midfield.
Can’t wait to see him donning the Malaysian national kit soon?
👀🤲🏻🇲🇾 pic.twitter.com/l7D5WMQNEk— Adam Sariman (@AdamSariman) April 23, 2024
Secara keseluruhan, Kobe diturunkan dalam kesebelasan utama dalam 17 perlawanan dalam semua kejohanan dan beliau membuat 13 penampilan dari bangku simpanan.
Bekas pemain akademi Cagliari dan West Bromwhich Albion ini menjaringkan 7 gol dan menyumbang 6 assist. Kobe mengumpul minit permainan sebanyak 1597 minit musim lalu.