Twitter Inc. kini sudah tiada lagi selepas Elon Musk dilaporkan secara diam-diam telah menggabungkan platform media sosial itu dengan sebuah syarikat miliknya iaitu X Corp.
Pengabungan itu dikhabarkan dibuat pada 4 April lalu. Namun begitu, Elon Musk selaku pemilik Twitter. Inc serta X Holding Corp. masih belum mendedahkan pengabunggan ini kepada umum.
Baca Juga:
- Elon Musk Dakwa IQ Pengguna Instagram Kurang Daripada 100
- Dakwa Berisiko Kepada Masyarakat, Elon Musk Mahu Pembangunan AI Dihentikan Buat Sementara Waktu
Pada April 2022 lalu, Musk telah mendaftarkan tiga syarikat berasingan yang direka untuk memudahkan pembelian Twitter iaitu X Holdings I, II dan III di Delaware.
Menurut perjanjian itu, Twitter akan bergabung dengan X Holdings II tetapi mengekalkan nama dan struktur korporat amnya sambil terus beroperasi di bawah undang-undang Delaware.
X Holding I yang dikawal oleh Elon Musk pula akan bertindak sebagai syarikat induk entiti yang digabungkan manakala X Holdings III akan mengambil pinjaman $13 bilion (~RM57.2 bilion) yang diberikan sekumpulan bank besar untuk menampung pembelian Twitter.
Buying Twitter is an accelerant to creating X, the everything app
— Elon Musk (@elonmusk) October 4, 2022
Perkara ini bagaimanapun seperti sudah dijangkakan kerana Elon Musk pernah menyatakan bahawa Twitter akan menjadi “aplikasi segala-segalanya” yang dipanggil sebagai X dan boleh menyaingi platform lain seperti WeChat.
Buat masa ini, Twitter masih beroperasi seperti biasa dan kemungkinan pengganbungan ini tidak memberi perubahan ketara operasi dan pekerja Twitter. Nampaknya bukan sahaja platform Twitter telah dimodifikasi, malah namanya juga sedia diganti dengan X Corp.