Golongan berpendapatan tinggi (T20) tidak akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta Bantuan Kewangan Haji, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata Pangkat Data Utama (PADU) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kita tidak naikkan kadar elektrik, melainkan untuk T20. Untuk T20 sahaja, iaitu rumah-rumah besar yang tidak akan diberikan subsidi elektrik.

“PADU akan dapat menyelaras semua angka-angka yang disebut. Ini sama dengan Bantuan Kewangan Haji, kepada B40 kita tambah. Bagi T20 tidak akan ada lagi tambahan atau pun subsidi daripada kerajaan.

Mereka harus belanja sepenuhnya kos haji kerana mereka dalam kalangan yang mampu,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Beliau berkata pengecualian subsidi itu adalah bagi melaksanakan pemberian subsidi yang lebih bersasar. Dasar-dasar baharu dan drastik berkenaan dibuat bagi melonjakkan ekonomi negara dengan mengambil kira risiko pengucupan ekonomi dunia.

Sebelum ini, media melaporkan persidangan Dewan Rakyat diberitahu bahawa kerajaan boleh jimat sehingga RM17 billion sekiranya golongan T20 tidak diberikan subsidi petrol, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).