Jururawat merupakan salah satu pasukan frontliner yang sangat penting ketika satu negara sedang berhadapan dengan wabak pandemik COVID-19 sejak tahun lalu lagi.
Terbaharu tular satu gambar menunjukkan satu kejadian di Labuan di mana sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu oleh seorang jururawat telah tersangkut pada kawat besi yang dipasang di tengah-tengah jalan raya.
Menurut satu tangkap layar mesej WhatsApp, mesej yang ditulis oleh sahabat kepada suami jururawat tersebut menyatakan kejadian berlaku pada awal pagi ketika jururawat tersebut dalam perjalanan menuju ke tempat kerja.
Semasa kejadian berlaku, laluan tersebut tidak mempunyai tanda amaran awal seperti papan tanda, kon dan lampu hazard untuk memberitahu pengguna jalan bahawa laluan tersebut telah ditutup.
Salah seorang pengguna Facebook berkongsikan komen dalam satu hantaran pula menyatakan jalan di kawasan tersebut dikatakan ‘menurun bukit’, ditambah pula jalan yang gelap ekoran ketiadaan lampu jalan lalu menyebabkan jururawat itu merempuh dawai kawad tersebut.
Pihak Perbadanan Labuan kena letak lampu amaran atau reflector sticker kat jalan yang kena tutup. Lagi baik ada barricade.
Kesian kat nurse ni nak cepat pagi-pagi sampai klinik/hospital tak perasan kawat duri atas jalan. Skrg ni HCW kerja dah all out tiap hari. @LabuanFT pic.twitter.com/IgFkiyrAc9
— d.zul (@zulkheir) June 15, 2021
Ekoran kejadian yang berlaku, orang ramai menyeru pihak bertanggungjawab untuk meletakkan ‘tanda amaran awal’ supaya pengguna jalan raya dapat berjaga-jaga dan tahu jalan yang mereka akan lalui telah ditutup ekoran pelaksanaan kawalan pergerakkan.
Semoga jururawat yang terlibat dapat kemalangan ini segera pulih dan dapat bertugas kembali seperti sedia kala.
Dalam satu kisah lain, Neelofa telah menyumbangkan kelengkapan katil kepada Hospital Melaka untuk bantu frontliners.
Mahu Bantu ‘Frontliner’, Neelofa Sumbang Katil Bernilai Hampir RM100,000 Kepada Hospital Melaka
Lelaki Ini Kongsi Bagaimana Rakyat Malaysia Berpakat Belanja ‘Frontliner’ Makan