Mulai diumumkan sejak April sehingga September yang lalu, kehadiran moratorium secara tidak langsung berjaya menjadi talian hayat buat sejumlah besar orang ramai dalam membayar ansuran bulanan kepada bank.

Walau bagaimanapun, seperti yang ramai sedia maklum, pandemik COVID-19 yang masih belum selesai nampaknya telah memberi kesan kepada membuatkan sejumlah besar individu kehilangan kerja atau dikurangkan gaji. Cadangan lanjutan moratorium antara yang disebutkan oleh beberapa ahli politik bagi membantu golongan yang terkesan.

171117-image-Bank_Negara_Malaysia
Sumber: ING Think

Dalam pada itu, pelan lanjutan moratorium nampaknya kurang dipersetujui beberapa pihak individu yang pernah berkhidmat di sektor bank di mana lanjutan moratorium ini dikatakan tidak baik untuk ekonomi.

Hal ini kerana lanjutan moratorium telah menyebabkan bank-bank di Malaysia terpaksa menerima keuntungan bersih yang lebih rendah berbanding sebelum ini. Pemilihan untuk melanjutkan moratorium secara bersasar adalah lebih baik khususnya kepada mereka yang terkesan dengan pandemik berbanding penawaran sepenuhnya kepada orang ramai.

Untuk pengetahuan, pengenalan moratorium telah membuatkan keuntungan dua bank popular di Malaysia berkurangan. Sebagai rekod, Malayan Banking Bhd memperoleh jumlah keuntungan bersih RM1.95 bilion berbanding sekitar RM2 bilion pada tahun sebelumnya pada suku tahun yang sama.

CIMB Bank pula sekadar memperoleh keuntungan bersih. sebanyak RM194.4 juta berbanding tahun lalu iaitu lebih RM1 bilion .

Jeffrey Chew Paramount
Jeffrey Chew Sun Teong. Sumber: The Malaysian reserve

Menurut Jeffrey Chew Sun Teong selaku bekas CEO kepada OCBC Bank, orang ramai sudah perlu kembali kerja serta mengamalkan norma baharu dalam usaha untuk membayar ansuran pinjaman kepada bank.

Meskipun terdapat beberapa sektor yang terkesan, individu yang masih berpeluang bekerja perlu bekerja keras melihatkan jumlah kematian yang rendah buat COVID-19 berbanding wabak Spanish Flu yang berlaku pada 2018 serta tidak lagi mengharapkan kepada moratorium.

Sebelum ini Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Abdul Rahim Bakri telah mengumumkan setiap bank di Malaysia mampu serta berpeluang melanjutkan moratorium sehingga Disember 2020.

Bank Di Malaysia Masih Cukup Dana Untuk Lanjutkan Moratorium

Kejutan Moratorium, Berapa Lebihan Faedah Perlu Dibayar Dan Patutkah Kita Ambil?