Pada hari minggu lalu, tular satu hantaran Facebook mengenai seorang pemandu bas ekspres tidak menjalankan tanggungjawab dengan amanah apabila membuat beberapa kesalahan serentak dalam satu perjalanan menuju ke Jerteh, Terengganu.

Perkara tersebut telah mendapat perhatian pihak pengurusan Sani Express dan mereka telah membuat keputusan untuk menurunkan pemandu terbabit dan tidak lagi diberikan tugas sebagai pemandu bas buat masa ini.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Pihak bas expres menyatakan selepas siasatan dalaman syarikat bakal dibuat dalam masa terdekat, pemandu terbabit akan dikenakan beberapa tindakan disiplin seperti amaran, kaunseling, latihan semula atau tindakan lanjut mengikut prosedur syarikat yang telah ditetapkan,

“Berkenaan isu yang tular baru-baru ini , kami telah menerima banyak pertanyaan dari orang ramai status tindakan selanjutnya oleh pihak syarikat berkenaan isu ini.

“Pihak syarikat memandang serius berkenaan insiden tersebut dan berasa kesal terhadap apa yang berlaku, berhenti rehat dan solat adalah prosedur wajib bagi semua pemandu Sani Express semasa dalam perjalanan. Solat 5 waktu adalah perkara WAJIB yang harus dilaksanakan oleh kita sebagai umat Islam,” terang pihak Sani Express dalam satu kenyataan media sosial baru-baru ini.

Tambah pihak bas expres tersebut lagi, mereka memohon maaf atas perkara yang berlaku sehingga tular dan berjanji dan berusaha agar perkara yang sama tidak berulang lagi pada masa akan datang.

Hari Sabtu lalu seorang penumpang Sani Express telah meluahkan rasa tidak puas hati kepada pemandu bas yang dinaikinya kerana tidak memberhentikan bas untuk solat subuh, tidak menyemak jumlah penumpang sebelum memulakan perjalanan serta ada meninggalkan penumpang yang turun membuang air.

Dalam satu kisah lain pula, pihak polis telah menahan dua pemuda bagi membantu siasatan berkenaan video tular marshal sedang menghalang lalu lintas.

Polis Tahan Dua Pemuda Bertindak Sebagai Marshal Semasa Konvoi Motosikal Berkuasa Tinggi

Pacak Khemah Dan Lepak Di ‘Parking Lot’, Trend Terbaru Di Genting Highlands Ini Buat Netizen Berang

Gagal Kemukakan Dokumen, Peniaga Ikan Siakap ‘Kayangan’ Bakal Didakwa