Kecoh baru-baru ini apabila negara digemparkan dengan tindakan tidak sopan daripada sebuah kumpulan dari Britain iaitu The 1975. Mengkritik polisi Malaysia, minum arak serta bercium sesama jantina lelaki antara yang dilakukan vokalis kumpulan ini.

Tindakan mereka yang dianggap melanggar undang-undang ini telah membuatkan Good Vibes Festival yang sepatutnya berlangsung selama 3 hari dibatalkan serta merta sehari selepas kejadian.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam pada itu, lain ceritanya apabila sebuah lagi kumpulan dari Britain iaitu Muse tiba di Malaysia.

Hadir bersama keluarga terdiri daripada isteri dan anak-anak, telatah kumpulan tersohor ini bercuti di Langkawi yang dilihat sangat sopan dan mematuhi undang-undang telah mendapat pujian para netizen.

Kumpulan ini dilihat tidak sewenang-wenangnya menghisap rokok, menunjukkan muka yang tidak selesa dan sebagainya apabila tiba di Malaysia seperti yang dilakukan kumpulan-kumpulan negara luar sebelum ini. Berikut merupakan respon netizen terhadap kumpulan Muse.

Sementara itu, terdapat juga netizen yang membandingkan etika kumpulan Muse dengan The 1975 yang dilihat sangat ketara apabila membuat tour di negara orang.

Untuk pengetahuan, kumpulan Muse bakal mengadakan konsert di Stadium Bukit Jalil pada 29 Julai ini. Para peminat kumpulan legenda ini masih berpeluang untuk mendapatkan tiket secara rasmi menerusi laman Ticket2u.