Sebelum ini, kontroversi melibatkan Fezrul Khan dan Reen Rahim telah menjadi perhatian ramai apabila Reen Rahim mendakwa Fezrul Khan mencekiknya terlalu kuat sehingga membahayakan nyawanya ketika dalam satu babak lakonan mereka.

Susulan itu, Fezrul menegaskan bahawa dirinya tahu selok-belok dalam dunia badan beruniform kerana pernah belajar serta berpengalaman berlakon babak-babak aksi. Terbaharu, Fezrul memuat naik sebuah video di Instagram miliknya menunjukkan aksinya menolak Fathil Dani ke dinding sehingga potret gambar terjatuh dalam sebuah adegan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kalau pelakon lain ni mau masuk Melodi lagi kena hempas, kena baling kena cekik. Lepas tu ‘play victim (jadi mangsa) dan attention (tarik perhatian). Make believe (membuatkan ia dipercayai).” tulis Fezrul di Instagram.

Lantaran itu, Fezrul memuji sikap profesional Fathil yang tidak menjadikan ia satu isu besar dan seperti menyindir seseorang. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bertanya sama ada Fezrul menyindir seseorang yang pernah berlakon adegan aksi dengannya sebelum ini.