Adakah anda pernah menonton filem Fast & Furious? Jika pernah, pasti anda kenali watak-watak dalam filem tersebut seperti Brian O’Conner, Dominic Toretto, Leticia Ortiz dan banyak lagi.

Terbaharu, pengguna TikTok @_hamizihamzah berkongsi sebuah video menunjukkan seorang lelaki yang kelihatan seperti Dominic Toretto dipercayai telah ‘bersara’ daripada dunia berlumba dan menetap di Johor.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

@_hamizihamzah

Tak sangka dia orang johor rupanya 😩🤘🏻 #fypシ #fyp #fastandfurious #dominictoretto

♬ Bandolero (Cover ver) – Los Reggaetronics

Menerusi video tersebut, lelaki itu juga mendakwa bahawa Dominic Toretto telah membuka sebuah kafe. Untuk pengetahuan anda, watak Dominic Toretto di dalam filem Fast & Furious dibawa oleh Vin Diesel.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tergamam melihat susuk tubuh lelaki tersebut yang seakan-akan seperti Vin Diesel.

Malah, ada juga segelintir netizen terkejut kerana Vin Diesel membuka kafe di Johor dan berseloroh apabila melihat lelaki itu memakai kereta Honda CRV serta ada juga yang tag Vin Diesel berhubung video itu.

Lantaran itu, ada individu yang mendakwa lelaki dalam video tersebut bukanlah Vin Diesel tetapi pak ciknya. Ketika artikel ini ditulis, video ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan lebih 21 ribu tanda suka.