Sebuah berita gembira buat pelabur kriptowang selepas bertahun bersabar dengan kriptowang yang penuh dengan potensi ini. Bertahun-tahun disekat oleh Security Exchange Comission (SEC), akhirnya pihak hakim telah mengistiharkan kriptowang XRP sebagai aset bukan sekuriti.

Pengumuman yang dibuat tengah malam tadi telah memperlihatkan kriptowang XRP meningkat dengan mendadak dalam tempoh yang sangat singkat.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sebagai rekod, kriptowang XRP beberapa minit sebelum pengumuman bernilai sekitar $0.47 (~RM2.13) manakala harga tertinggi berjaya dicapai pada pagi tadi dengan nilai $0.87 (~RM3.92).

Peningkatan sekitar 80% dalam tempoh yang singkat ini sekaligus membuatkan para pelabur XRP dalam dan luar negara bergembira selepas terpaksa lama bersabar dengan harga kriptowang XRP yang dilihat rendah dalam tempoh yang panjang.

Lebih menggembirakan para pelabur, kriptowang XRP turut kembali disenaraikan pada aplikasi Coinbase selaku platform pembelian dan penjualan popular kriptowang.

Berbaki sekitar 9 bulan sahaja lagi Bitcoin halving, ramai yang menjangkakan kenaikan harga kriptowang XRP ini mungkin menjadi petanda awal bull run sebelum beberapa kriptowang lain turut mengikut trend yang sama.