Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi menyatakan Jemaah Menteri bersetuju memberikan potongan tol 50% sempena Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan, petik kenyataan rasminya.
Terhad bagi bagi kenderaan persendirian kelas satu, inisiatif itu akan bermula 12.01 tengah malam 27 Januari (Isnin) dan berakhir pada 11.59 malam 28 Januari (Selasa).
Baca Juga:
- Kerajaan Bakal Teliti Semula Keputusan Henti Pemberian Tol Percuma
- ‘Tol Percuma Sempena Perayaan Bebankan Kerajaan, Tak Selesaikan Kesesakan’ – Zahid Hamidi
- ‘Tiada Lagi Tol Percuma Sempena Musim Perayaan’ – Menteri Kerja Raya
Tambahnya lagi, diskaun itu terpakai kepada semua plaza tol kecuali sempadan negara iaitu Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dan Plaza Tol Tanjung Kupang Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA).
“Implikasi kewangan ditanggung kerajaan bagi membayar balik pampasan kepada syarikat konsesi tol yang terlibat dianggarkan berjumlah RM20.08 juta,” katanya dalam satu kenyataan rasmi.
Keputusan pemberhentian tol percuma keputusan mesyuarat Jemaah Menteri tahun lalu
Jelasnya lagi, pengumuman sebelum ini berhubung pemberhentian pengecualian tol pada musim perayaan yang berakhir pada Hari Krismas Disember lalu adalah berdasarkan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri, 20 Disember tahun lalu.
Menurut Alexander Nanta Linggi pemberian diskaun 50% ini adalah agenda kerajaan dalam menjaga perpaduan dan kesejahteraan rakyat didukung kedudukan kewangan yang kukuh hasil dari program rasionalisasi subsidi serta peningkatan pelaburan dan perdagangan.