Seorang anak gadis di China telah mengejutkan bapanya dan mendapat perhatian meluas daripada pengguna media sosial selepas berjaya mengumpul sejumlah besar wang ang pows semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Kejadian yang berlaku pada hari pertama Tahun Baharu Cina itu dirakamkan dalam satu video kini tular di platform media sosial popular China Douyin pada 10 Februari.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Video itu menunjukkan bapanya yang mempersoalkan anak perempuannya yang pulang ke rumah sambil membawa guni putih yang penuh dengan bungkusan merah.

Dengan penuh yakin, gadis itu mengakui menghabiskan waktu paginya dengan mengutip ang pows daripada orang kampung.

Setelah diperiksa, ternyata usaha gadis itu membuahkan hasil apabila guni tersebut melimpah dengan bungkusan merah.

Menurut bapanya, jumlah terkumpul oleh anak perempuannya kira-kira RMB 20,000, bersamaan dengan sekitar RM 13,300.

Keupayaan gadis muda itu untuk mendapatkan wang lima angka pada usia yang begitu muda telah mencetuskan spekulasi tentang prospek masa depannya.

Dengan sebahagian netizen berkata bahawa dia mungkin memiliki bakat sebagai ahli perniagaan di masa depan.

Sumber