Setiap pengguna jalan raya mengetahui bahawa memotong barisan adalah satu kesalahan lalu lintas yang mana pelaku didapati bersalah boleh didenda sebanyak RM300 atas perbuatan tersebut.
Seorang pengguna TikTok @abgoren7272 ada berkongsi satu rakaman di mana lima buah kereta meletakkan kenderaan di tepi jalan semasa menunggu lampu isyarat merah. Kemudian mereka segera bergegas memotong barisan apabila lampu isyrat bertukar menjadi hijau.
Baca Juga:
- Rasa ‘Buku Merah’ Cukup Berkuasa, Pemandu Honda Tunjuk Pasport Malaysia Untuk Potong Barisan
- Netizen Puas Hati Pemandu Kancil Kena Tahan Selepas Potong Barisan Di Hadapan Polis
- Enggan Bersabar Semasa Kesesakan, Pemandu X70 Dikecam Guna Lorong Susur Keluar Untuk Potong Barisan
Menurut lelaki yang merakam video berkenaan, perbuatan tersebut sudah menjadi satu trend di kalangan pemandu-pemandu yang tidak boleh bersabar untuk beratur panjang di barisan belakang.
@
Tindakan kelima-lima pemandu itu membuatkan orang ramai berasa tidak puas hati kerana tindakan mereka itu menyebabkan pemandu lain yang beratur dalam barisan terpaksa menunggu lebih lama. Ada yang mendakwa lampu isyarat bertukar hijau sebanyak dua kali pun, belum tentu mereka boleh melepasi kawasan itu.
Nyata netizen lagi, perbuatan tersebut kini dilihat menjadi satu trend di beberapa lokasi persimpangan lampu isyarat yang mempunyai sedikit ruang untuk meletakkan kenderaan di tepi jalan.




Ada pengguna jalan raya menyatakan apabila mereka ternampak pemandu seperti itu, mereka segera ‘merapatkan’ kenderaan mereka dengan kenderaan di hadapan sehingga tiada ruang untuk pemandu yang ingin memotong tidak dapat masuk ke dalam barisan apabila lampu isyarat bertukar warna hijau.
Netizen berharap agar pihak berkuasa dapat ‘turun padang’ bagi membuat pemantauan dan mengenakan tindakan terhadap pemandu yang pentingkan diri sendiri sehingga melanggar peraturan lalu lintas.
*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.