Aksi antara Ireland dan Is*ael semalam benar-benar menjadi perhatian.

Plot panas

Segalanya bermula apabila FA Ireland atau FAI pada tahun dengan terbuka mendesak UEFA mengenakan tindakan kepada Is*ael sepertimana yang mereka buat kepada Rusia.

Keadaan menjadi lebih panas apabila Ireland diundi sekumpulan Is*ael dalam aksi UNL.

Penyokong Ireland mulai melancarkan kempen Stop The Game untuk mengajak pemain pasukan kebangsaan mereka memboikot.

Kempen ini disokong ramai atlet profesional Ireland yang lain.

Namun FAI menjelaskan bahawa mereka terpaksa mengikut peraturan UEFA dan meminta peminat memahami.

FAI kemudian mengeluarkan polisi bahawa pemain dibenarkan untuk memboikot perlawanan ini, tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Oleh sebab itu penjaga gol Ireland, Bazunu telah menarik diri daripada perlawnana ini. Dia menyertai gerakan Stop The Game.

Pengurus Ireland, Halgrimson menjelaskan bahawa mereka turun untuk menyatakan penentangan ke atas gen*sid bukannya tanda menyokong negara haram.

Kenyataan itu membuatkan FA Is*ael melabel Halgrimson sebagai hipokrit dan bodoh.

Aksi sebenar

Sebelum sepak mula, kesemua pemain Ireland masuk ke padang dengan lilitan hitam di lengan.

Mereka juga tunduk ketika lagu kebangsaan Is*ael berkumandang, tanda tidak mahu memandang bendera negara tersebut.

Kapten pasukan, Dara O’Shea selepas sesi coin toss pula, tidak mahu bersalaman dengan kapten Is*ael. Sebagai simbolik tidak mahu menyentuh tangan bangsa yang berlumuran darah orang awam di Gaza.

Salah seorang pemain mereka, Moylan meraikan gol dengan mencium lilitan hitam itu, dan menujukannya kepada rakyat Gaza yang sedang menyaksikan aksi ini di negara mereka.

Moylan kemudian mencium logo Ireland tanda bahawa mereka sentiasa bersama Gaza.

Keadaan lebih buruk buat I*rael selepas mereka dibelasah pula 3-0 untuk aksi tersebut.

Ternyata ianya hari di mana skuad negara haram langsung tidak diberikan sebarang detik untuk diraikan atau dikenang.

Mungkin ada yang akan menganggap bahawa Ireland membawa masuk isu politik ke dalam bola sepak. Sebenarnya Ireland sudah menyatakan bahawa mereka bersuara atas dasar kemanusiaan.

Dan mereka mahukan tindakan yang sama dikenakan ke atas Rusia dikenakan ke atas Is*ael. Itu sahaja.