Baru-baru ini tular satu rakaman video sebuah MPV Toyota Alphard berwarna hitam dengan bernombor pendaftaran ‘P 45’ memotong kenderaan lain secara berbahaya di kawasan laluan garisan berkembar.
Memetik portal Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Setiu DSP Affandi Hussin berkata siasatan mendapati kenderaan itu dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun yang juga pemandu kepada bekas timbalan menteri terbabit.
Baca Juga:
- ‘Mereka Sedang Bertugas’ β Polis Kelantan Tampil Jelaskan Kenapa Anggotanya Memotong Di Garisan Berkembar
- Pemandu ‘Honda Merah’ Potong Garisan Kembar Secara Berbahaya Serah Diri Kepada Polis
Menurut Affandi kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang pada 2 Julai lalu di Kilometer 67, Kampung Pak Kancil, Jalan Kuala Terengganu β Kota Bharu, Setiu.
Dia buat hal lagi.
Apa yang dikejar pon taktau π€·ββοΈ pic.twitter.com/cf3qs0U1Lw
— Saifullah Al-BotaKiri βͺπ‘β« (@SaifulAdn) July 3, 2023
Tambahnya lagi, kenderaan itu dalam perjalanan dari Kampung Gunong Bachok di Kelantan menghala ke Kampung Sungai Merak Dalam, Bangi, Selangor untuk menghantar daging korban.
Katanya Toyota Alphard itu membawa daging korban yang dianggarkan berat lebih kurang 50 kilogram untuk diagihkan kepada penduduk sekitar kampung berkenaan.
Affandi berkata pemandu tersebut mengakui kesalahannya dan akan dipanggil pihak polis untuk rakaman percakapan pada hari ini.
βPolis juga telah mengeluarkan tindakan saman kepada pemandu kenderaan P 45 di bawah kesalahan R12(3)(A) LN167/59 iaitu memotong di garisan berkembar,β katanya.