Pada hari ini penggunaan telefon bimbit semasa membawa kenderaan bukanlah satu perkara yang asing lagi di kalangan masyarakat.

Di bawah Peraturan 17A Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959, adalah menjadi satu kesalahan untuk menggunakan telefon bimbit semasa memandu kenderaan melainkan ia menggunakan hands-free kit atau pemegang telefon. Dengan itu, pengguna jalan raya dibenarkan untuk swipe dan menyentuh skrin telefon bimbit yang dipasang pada pemegang di dalam kereta.

Baca Juga:

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik polis persekutuan Pesuruhjaya Datuk Seri Mat Kasim Karim berkata undang-undang jelas mengenai perkara itu bahawa pemandu tidak boleh memegang telefon bimbit ketika kereta sedang dalam perjalanan mahupun ketika terhenti semasa kesesakan lalu lintas atau di lampu isyarat — pemandu kenderaan dianggap masih berada dalam ‘mod pemanduan aktif’ dalam situasi sedemikian.

Beliau berkata satu-satunya pengecualian untuk menggunakan telefon bimbit ketika situasi sebegini adalah dengan bantuan hands-free kit atau pemegang telefon yang dipasang dengan cara yang mudah dan selamat untuk melihat skrin paparan.

“Menggunakan telefon bimbit tanpa pemegang semasa situasi sedemikian bermakna mengalihkan perhatian mereka daripada jalan raya. Ini boleh mendatangkan bahaya dan ketidakselesaan apabila pemandu dikehendaki menyambung semula pemanduan apabila trafik mula bergerak semula,” katanya kepada The Star.

Tambah beliau lagi, penggunaan jam tangan pintar semasa memandu juga adalah dibenarkan, ia dibenarkan kerana ia bukan sebuah peranti yang perlu dipegang dengan tangan semasa pemanduan.

Terdapat pelbagai phone holder yang berkualiti pada harga berpatutan yang anda boleh dapatkan di sini — ia satu pelaburan berbaloi demi keselamatan diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.

*Ikuti Facebook dan Instagram VOCKET CAR CLUB untuk ketahui perkembangan dan isu semasa automotif dari dalam dan luar negara.

Sumber