Nama kumpulan DOLLA sememangnya bukan lagi satu nama yang asing dalam industri hiburan negara. Sering dibandingkan dengan kumpulan BLACKPINK, kumpulan yang dibarisi empat anggota wanita ini bagaimanapun menafikan dakwaan mereka meniru konsep kumpulan K-Pop tersebut.

Jika sebelum ini mereka pernah trending di YouTube, DOLLA pada malam semalam melangkah satu lagi langkah ke hadapan apabila turut serta membuat persembahan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH) yang penuh berprestij dan bersejarah.

Bagaimanapun, kegembiraan peminat dan penonton menyaksikan persembahan mereka pada malam semalam sedikit terbantut apabila DOLLA hanya mempersembahkan lagu daripada kumpulan BLACKPINK dan bukannya lagu mereka sendiri.

Menerusi beberapa perkongsian di Twitter, peminat DOLLA berkongsikan kekecewaan apabila melihat kumpulan kegemaran mereka mempersembahkan lagu ‘Lovesick Girls‘ yang merupakan lagu dendangan asal kumpulan BLACKPINK.

Persembahan DOLLA tersebut sekaligus membuatkan netizen kembali membanding-bandingkan kedua-dua kumpulan tersebut. Bukan sahaja membandingkan antara keduanya malah ada juga yang mengatakan bahawa mereka hanya menggunakan BLACKPINK untuk meraih populariti.

Tidak mahu kumpulan baru itu terus dibandingkan dengan BLACKPINK, beberapa akaun peminat DOLLA di Twitter kemudiannya tampil berkongsikan penjelasan daripada salah seorang ahli kumpulan kegemaran mereka mengenai perkara itu.

Syasya, ahli kumpulan tersebut menerusi sesi Instagram Live di akaun peribadinya pada malam semalam memohon maaf kerana mengecewakan para peminat dengan tidak membawakan lagu mereka sendiri.

Kata beliau , mereka pada awalnya mahu mempersembahkan lagu sendiri namun harus akur dengan permintaan penganjur yang telah menetapkan tema untuk malam semalam iaitu cover song.

“Saya tahu peminat kami sedih sebab kami tak bawa lagu Impikan. Saya minta maaf kepada semua, kami sudah cuba.

“Tapi tema pada malam itu ada lah cover song,” jelas Syasya dalam rakaman video pendek itu.

https://twitter.com/mr_jojzr/status/1327269586308198401?s=20

Jadi, harapnya penjelasan oleh Syasya ini sedikit sebanyak meredakan kemarahan atau rasa tidak puas hati para peminat DOLLA atau para penonton mengenai isu berkenaan.

Dengan jumlah tontonan mencecah 1.5 juta di YouTube untuk lagu Impikan maka tidak hairanlan jika ramai yang ternanti-nanti versi live lagu berkenaan di ABPBH semalam.

Baca juga perkongsian kami mengenai pencapaian kumpulan DOLLA membuktikan kemampuan mereka dengan trending di YouTube sebelum ini melalui pautan di bawah.

Pernah Dituduh Tiru BlackPink, DOLLA Buktikan Kemampuan Sendiri Dengan ‘Trending’ Di YouTube

Netizen Dakwa Kim Kardashian Tiru Style Photoshoot Jennie Blackpink?