Negara Republik Indonesia baru-baru ini telah memperkenalkan rekaan terbaharu pasport negara mereka demi meningkatkan ciri sekuriti dan juga mewakili unsur budaya negara.

Reka bentuk pasport baharu pada kali ini menampilkan warna kebangsaan merah dan putih, menggantikan warna hijau kebiruan yang digunakan sejak 2014.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →
Sumber Gambar: Berita Harian

Antara ciri keselamatan canggih yang disertakan seperti kulit tahan panas, dan halaman pasport memaparkan corak fabrik tradisional yang menonjolkan elemen budaya wilayah Indonesia.

Walaupun pada dasarnya inisiatif ini bakal mengubah pandangan dunia luar terhadap Indonesia, berita ini sepertinya tidak disambut baik oleh rakyatnya sendiri apabila mereka tidak kisah dengan pengenalan ciri-ciri cangih tersebut selagi kekuatannya masih sama.

Pada ketika ini, kekuatan pasport Indonesia berada di tangga 56 daripada 227 negara yang lain dan hanya memiliki akses bebas visa ke 39 destinasi sahaja.

Sementara kekuatan pasport Malaysia masih kukuh di tangga 12 paling kuat di peringkat global dan ia membolehkan rakyat Malaysia untuk masuk ke 166 negara tanpa perlu membuat permohonan visa.

Kelebihan ini menjadikan pasport Malaysia sebagai pilihan yang dihargai bagi pelancong dan profesional yang sering bergerak di peringkat antarabangsa.

Kekuatan pasport Malaysia sememangnya menjadi dambaan buat netizen jiran kerana mereka masih tidak dapat merasakan kelebihan yang diterima oleh pasport terkuat di dalam carta seperti mendapat prioriti dalam pelbagai aspek ketika di negara luar.

@jalanbarengarief

Membalas @dadang suparman Kado HUT RI ke 79 dari dirjen Imigrasi. Paspor baru dengan sampul berwarna Merah membara meronah. Fungsi dan keamanannya juga di tingkatkan. Kalau mau ganti siap siap 17 Agustus 2025 nanti yaa ‼️ #PasporBaru #ImigrasiIndonesia #PasporIndonesia #Jelajahmerdeka

♬ suara asli – Sini Gua Ceritain ‼️ – Sini Gua Ceritain ‼️

Bukan itu sahaja, netizen Indonesia juga kurang gemar dengan pemilihan warna merah pada rekaan kali ini kerana sudah mirip dengan pasport Malaysia dan Singapura.

Sumber Gambar: TikTok
Sumber Gambar: TikTok

Jadi, mereka merasakan ada baiknya jika kerajaan menambah baik dari segi stabiliti ekonomi dan politikal , bekerjasama dengan badan antarabangsa dan melakukan diplomatik dengan negara lain dalam mencapai persefahaman bersama dalam memperkukuhkan lagi kekuatan pasportnya.

 

Sumber