Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan di Malaysia, rata-rata rakyat Malaysia banyak menghabiskan masa dengan menonton drama bersiri dan juga filem di kaca TV dan platform lain seperti Netflix.
Sebuah drama siri 911: Lone Star di HBO menjadi buah mulut netizen baru-baru ini. Difahamkan kerana tular adegan dalam drama siri tersebut yang memaparkan watak perempuan iaitu Marjan yang sedang solat tetapi caranya salah.

When you make an effort to include a Muslim character but can’t be bothered to research how Muslims pray. Accurate representation matters @911LoneStar 🤦🏽♀️ pic.twitter.com/MjVEmB572r
— Ambereen Dadabhoy 🪬 (@DrDadabhoy) May 5, 2020
Untuk pengetahuan anda, drama siri 911: Lone Star adalah sebuah drama yang mengisahkan tentang sekumpulan ahli bomba yang bekerja untuk menyelamatkan nyawa orang ramai di samping menyelesaikan masalah peribadi masing-masing.
Apa yang menjadi tumpuan ramai apabila ada watak wanita yang beragama Islam ditonjolkan dalam drama tersebut. Watak Marjan Marwani yang dilakonkan oleh Natacha Karam, merupakan seorang wanita beragama Islam bekerja sebagai ahli bomba tetapi berdepan dengan stigma masyarakat.
Berikutan itu, rata-rata netizen mengkritik drama bersiri tersebut kerana tidak membuat ‘research’ akan cara solat orang Islam terlebih dahulu. Malah, ada juga yang mengatakan bahawa perkara tersebut dilakukan dengan sengaja untuk cipta kontroversi.
If @911LoneStar wants to hire me as a consultant, I'm open to a side hustle. I've got the research bona fides, too.
— Ambereen Dadabhoy 🪬 (@DrDadabhoy) May 6, 2020
They do this purposely – and it has always been the case. It is similar to the dehumanizing project employed by the imperialists who would purposely mispronounce names and misrepresent beliefs. In most, if not all, western films they show wrongly performed prayers/adhan etc.
— Abuzahra (@Abuzahra5) May 5, 2020
Sir this is scene from a tv show. No need to defend the girl. Shes acting. OP point is if you want to potray muslims on your show put some effort into a bit of research pls
— dumplings (@visithesea) May 6, 2020
First of all, this obsession with dehijabbing women is gross. Second of all WHOSE HAIR LOOKS LIKE THIS AFTER WEARING A HIJAB ALL DAY. WHOSE. https://t.co/MXsbTw3hHt
— Hanna Alkaf Updates (@hannaalkaf) May 6, 2020
Seharusnya pihak produksi melakukan ‘research’ terlebih dahulu dan apa pula pandangan anda mengenai isu tersebut?
Sebelum ini, drama siri Netflix Messiah telah mendapat kritikan daripada ramai pihak. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
Netizen Dakwa Siri Baharu Netflix Ini Mahu Beri Imej Buruk Kepada Imam Mahdi
Tiada Musim Kedua, Siri Netflix Messiah Yang Penuh Kontroversi Sah Dibatalkan