Tular satu rakaman video di Twitter yang memaparkan pergaduhan membabitkan pengguna jalan raya di sebuah stesen minyak  yang dipercayai berlaku di Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Gurun, Kedah.

Menerusi klip berdurasi 31 saat itu, seorang lelaki dilihat berang dan memegang senjata dipercayai pedang samurai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Difahamkan pergaduhan itu tercetus selepas salah seorang daripada mereka membunyikan hon kereta bagi menegur lelaki terbabit yang dipercayai menggunakan telefon pintar ketika memandu.

“Sebab hon dia guna phone masa keluar simpang, dia kejar sampai Petron dan keluarkan samurai (pedang),” menurut tulisan yang dikongsikan  dalam video tular sejak Sabtu lepas.

Lelaki yang memegang samurai itu dilihat turut membuat ancaman dan meminta pemandu yang membunyikan hon kepadanya untuk membuat permohonan maaf.

Bagaimanapun, individu terbabit didengar cuba mempertahankan tindakannya yang menegur lelaki berkenaan.

“Bukan dia sahaja bawa budak-budak, kita pun ada anak,” ujarnya. Butir perbalahan ditimbulkan antara kedua-dua individu tersebut bagaimanapun tidak kedengaran jelas dalam video terbabit.

Beberapa orang awam dilihat cuba menenangkan kedua-dua individu terbabit sewaktu berlakunya insiden itu. Pada masa sama, individu dipercayai merakam kejadian tersebut juga didengar meminta pihak pekerja stesen minyak untuk menghubungi polis ekoran kejadian tersebut.

Setakat artikel ini ditulis, pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang berhubung insiden berkenaan.