Rumah mewah ini terletak di Sainte-Adele, Quebec, Kanada. Pemiliknya, Claudie Dubreuil merupakan seorang kontraktor am dan pemilik Les Collections Dubreduil. Dia mahukan sebuah rumah yang luar biasa rekabentuknya dan dalam masa yang sama kelihatan menarik. Dengan bajet terhad, dia memilih kontena kapal sebagai bahan asas rumahnya.

4 buah kontena dengan setiap satunya 40 kaki panjang dan 8 kaki lebar telah menghasilkan rumah bersaiz 1,920 kaki persegi dengan 3 buah bilik dan 2 1/2 bilik air. Kos keseluruhan rumah ini berjumlah US$330,000 hingga US$377,000. Ia meliputi kos tanah, tenaga buruh, bahan dan penggalian.

Walaupun sudah ada bajet, agak sukar bagi mencari syarikat arkitek dan jurutera yang sanggup membinanya kerana proses pembinaan begitu sukar. 4 firma telah menolak tawarannya dan akhirnya firma NCK dan TLA Architectes bersetuju dan memulakan pembinaan yang memakan masa selama 2 tahun.

Bahagian Luaran Rumah

Kayu-kayu dipasang di luar badan kontena kerana Dubreuil tidak mahu mengecat rumahnya setiap tahun. Dengan cara ini, rumahnya kelihatan asli dengan persekitaran alam sekeliling.

1) Depan rumah

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

2) Belakang rumah

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

Bahagian Bawah Tanah

1) Ruang Kerja

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

2) Ruang Menonton

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

Bahagian Bawah

1) Ruang Tamu

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

2) Dapur

3) Ruang Makan

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

4) Tangga

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

Bahagian Atas

1) Tangga

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

2) Bilik Utama

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

3) Balkoni Luar

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

Setiap kontena yang dibeli berharga antara US$2,600 hingga US$3,000 sebuah. Ia adalah kontena terpakai yang ditemui di pelabuhan berdekatan Montreal. Ia mengambil masa dua minggu untuk memotong bahagian kontena yang perlu dilompongkan. Kemudian, besi sokongan dipasang dan dipateri. Masa pemasangan set-set kontena itu hanya memakan satu hari sahaja. Selepas itu, kos dan masa membuatkan kontena terpakai itu menjadi 100 kali ganda mahal dari harga asalnya.

Tidak Sangka Rumah Mewah Ini Berasal Dari 4 Buah Kontena Terpakai

Rumah mewah ini dinamakan Maison Conteneur.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber