Perkahwinan yang bahagia menjadi impian setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Lebih-lebih apabila kedua-dua pasangan saling mengingati hari-hari penting antara satu sama lain.
Salah satu cara mudah untuk mencapai kebahagian dalam rumah tangga ialah dengan menghargai pasangan dengan cara menyambut hari jadi pasangan mahupun ulang tahun perkahwinan bersama mereka.
Begitulah kisah romantik yang dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, @ammnslhn apabila beliau memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelakiĀ membeli burger jalanan sebagai hadiah sempena ulang tahun kelahiran isterinya.
https://twitter.com/ammnslhn/status/1198638028794675200?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1198638028794675200&ref_url=http%3A%2F%2Fcempedakcheese.com%2Ftak-sempat-beli-kek-pakcik-order-burger-untuk-kejutan-hari-jadi-isteri%2F
Menurut pengguna twitter tersebut, gambar tersebut diperoleh daripada rakannya yang bekerja di restoran makanan barat itu. Tambahnya lagi, lelaki tersebut turut memberitahu bahawa dia tidak sempat membeli kek hari ulang tahun isterinya dan hanya berkesempatan untuk singgah membeli burger.
Apa yang menarik perhatian netizen ialah lelaki tersebut meminta penjual burger itu menulis ucapan selamat hari jadi di atas bekas polisterin tersebut.
Rata-rata netizen memuji cara lelaki itu menunjukkan kasih sayangnya kepada isteri tercinta selain turut mendoakan beliau sentiasa dimurahkan rezeki.
Tengoklahh betapa mudah dan murahnyaa nilai utk menghargai. Tak susah dan tak mahal, haa pi appreciate partner korg cepatš¤
— Yoiiiii (@yoiiijmie) November 25, 2019
awwhh it's the effort that counts:)) may the pakcik and his wife always be blessed with happiness amiin
— SL (@justlubnah) November 25, 2019
https://twitter.com/NNani0129/status/1198931021372125184
Hasil dari tularnya perkongsian ini, Secret Recipe Malaysia tampil mencari lelaki itu dan isterinya untuk memberi hadiah kepada pasangan tersebut.
Hey Twitter, do your magic. we are looking for this pakcik and his wife, we want to give them a treat! ā¤ #SecretRecipeMY https://t.co/586uS5UiAJ
— Secret Recipe Malaysia (@secretrecipemy_) November 26, 2019
Terdahulu, ada kajian mengatakan bahawa jika seorang itu wajahnya seiras dengan kita, itu tandanya jodoh. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.
Wajah Seiras Tanda Jodoh, Doktor Rungkai Fakta Mengapa Wajah Kita Mirip Pasangan
Tuah Melamar Di KFC, Pasangan Ini Tarik Perhatian Syarikat Besar Menaja Perkahwinan Mereka
Bertemu Di Kelab Malam, Netizen ‘Sejuk Hati’ Dengan Perubahan Pasangan Ini