Teka-teki mengenai ketua jurulatih baharu pasukan Malaysia masih menjadi tanda tanya dimana beberapa jurulatih luar negara dikaitkan dengan jawatan tersebut.

Pengendali ketika ini, Pau Marti Vicente bakal meninggalkan pasukan selepas saingan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 berakhir bagi memberi laluan kepada nahkoda baharu.

Baca Juga:

Menurut beberapa laporan, ada tiga jurulatih yang berada dalam senarai utama bagi mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih baharu pasukan Malaysia.

1. Arthur Papas

Malaysia
Arthur Papas

Arthur Papas merupakan jurulatih kelahiran Australia berusia 44 tahun dan pernah mengendalikan beberapa pasukan di serantau Asia seperti Australia, India dan Thailand.

Di peringkat skuad kebangsaan, Papas pernah menjadi pembantu jurulatih skuad Australia B-17 Tahun dan India B-23 Tahun pada awal kariernya.

Di peringkat kelab, Papas pernah mengendalikan pasukan seperti Kagoshima United, Newcastle Jets dan tugasan terakhir beliau bersama Buriram United.

2. Peter Cklamovski

Peter Cklamovski
Peter Cklamovski

Peter merupakan seorang lagi jurulatih kelahiran Australia dimana beliau turut mempunyai pengalaman di peringkat kelab dan skuad kebangsaan.

Jurulatih berusia 46 tahun ini pernah menjadi pembantu dalam skuad senior Australia selain mengendalikan skuad B-17 Tahun negara itu pada 2017.

Ketika ini, Peter memegang jawatan sebagai ketua jurulatih bagi kelab Jepun iaitu FC Tokyo. Sebelum ini, beliau pernah mengendalikan kelab seperti Montedio Yamagata dan Shimizu S-Pulse.

3. Esteban Solari

Malaysia
Esteban Solari. Sumber Gambar: MFL

Nama Esteban Solari sudah cukup sinonim dengan peminat bola sepak tanah air dimana beliau pernah mengendalikan juara 10 kali Liga Super iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT) selama satu musim pada 2023.

Baeu-baru ini, Solari telah berpisah dengan kelab Chile iaitu Everton de Viña del Mar selepas satu musim membimbing kelab tersebut.

Antara ketiga-tiga jurulatih di atas, Solari dilihat sebagai pilihan utama ekoran beliau mempunyai pengalaman dalam saingan Liga Malaysia.

Revolusi skuad kebangsaan akan diumumkan pada 15 Disember ini yang mana beberapa perubahan besar akan dilakukan baik dalam pasukan mahupun pasukan.