Tiga pemain Penang FC bakal menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya dalam masa terdekat.

Perkara ini dikongsikan oleh ketua jurulatih pasukan, Akmal Rizal dimana beliau memuat naik gambar di laman sosial rasmi miliknya baru-baru ini.

Baca Juga:

 

Akan tetapi, Akmal tidak memberitahu pemain mana yang bakal menyertai kem latihan pusat skuad kendalian Kim Pan-gon pada masa terdekat.

Setakat ini, Penang sudah beraksi dua perlawanan Liga Super menentang Sabah dan Terengganu dimana dua perlawanan ini berakhir dengan keputusan seri.

Mesikpun sudah meraih dua mata dari dua perlawanan, namun Penang sedikit bergelut di hadapan gol dimana mereka belum berjaya untuk mencipta jaringan setakat ini.

Melihat kepada dua perlawanan sebelum ini, salah satu nama yang berkemungkinan besar bakal dipanggil ialah Syamer Kutty Abba dimana pemain pinjaman dari Johor Darul Ta’zim (JDT) ini diturunkan dalam kesebelasan utama dan menampilkan prestasi yang baik di bahagian tengah.

Satu lagi nama yang mempunyai potensi ialah Adib Raop dimana pemain ini tampil dengan baik di posisi pertahanan kiri bagi Penang setakat ini.

Skuad Harimau Malaya bakal menghadapi dua perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan (6 Jun) di tempat lawan dan Chinese Taipei (11 Jun) di laman sendiri.

Malaysia wajib menang dua perlawanan ini bagi mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan ketiga kelayakan sekaligus mengesahkan tempat dalam temasya Piala Asia 2027 yang bakal diadakan di Arab Saudi.