Selepas kecoh tiket lagenda artis K-Pop, G Dragon dibeli oleh majoriti individu dari negara China sehingga menimbulkan rasa tidak senang warga tempatan, nampaknya pihak pengendali tiket mengambil inisiatif tersendiri dalam mengekang isu terbabit pada kali ini.
Semalam berlangsungnya penjualan tiket jelajah dunia NCT Dream yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, maka ramailah peminat berlumba-lumba mahu mendapatkannya.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana pihak pengendali tiket iaitu GoLive sedia meletakkan pengesahan dengan menggunakan tugu negara sebagai subjek.
@seezni.id nge-blank dikit gak ngaruh, gemes banget verifikasinya 🥹🫶🏻 #TDS4inKL
Berdasarkan perkongsian para peminat, mereka diperlukan menyusun puzzle tugu negara sehingga menjadi satu gambar lengkap. Buat rakyat Malaysia ini semudah makan kacang sahaja tetapi pasti sukar untuk warga luar negara yang tidak tahu menahu perihal tersebut.
the verification today 🤣 pic.twitter.com/f5IyKRtzZR
— cake team | ticketing service ✰ (@cake_jpeg) September 3, 2025
Inisiatif ini dilihat menjadi solusi yang efektif kerana ramai peminat dari Indonesia dan luar yang mengadu mengalami kesukaran untuk memenuhi kehendak pengesahan itu sewaktu cuba membeli tiket konsert terbabit.

Tindakan ini mendapat pujian yang menggunung daripada warga lokal kerana akhirnya ada syarikat pengendali yang berfikiran di luar kotak dalam mengekang isu ulat tiket seperti sebelum ini.
Menariknya, netizen mendakwa ramai kenalan mereka berjaya mendapatkan tiket konsert tersebut seumpama tiada lagi persaingan dari ulat tiket luar negara.


Dalam pada itu, ramai meminta pihak pengendali penjualan tiket konsert yang lain untuk mencontohi teknik sebegini kerana didapati sangat berkesan.
Ada yang memberi cadangan untuk menamakan gambar tugu negara itu serta juga boleh ditambah seperti menyenaraikan rukun negara mengikut urutan.

Nampaknya bolehlah pengendali penjualan tiket konsert artis antarabangsa mengimplementasikan teknik yang sama untuk memastikan tiket dapat kepada sasaran pembeli yang sebenar.