Kumpulan Kpop wanita terkenal dunia berasal dari Korea Selatan, Blackpink mengadakan konsert di Malaysia pada 4 Mac tahun depan bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Rata-rata peminat dikenali sebagai ‘Blink’  kesal dan kecewa dengan harga tiket paling mahal setakat ini di Malaysia yang mencecah sehingga hampir RM2,000.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, peminat juga menganggap harga yang ditawarkan tidak berbaloi sama sekali kerana tempat duduk penonton dikatakan jauh dari pentas utama.

Dalam pada itu, peminat mula berdebat di Twitter dengan harga tiket yang bermula dari RM388 sehingga RM1,888.

Rata-rata warga Twitter mengatakan harga tiket tersebut seperti harga ‘yahudi’ yang terlalu mahal untuk rakyat Malaysia membelinya.

“Ni mende buat ticket mahal mahal sangat ni mentang mentang la gaji mininum kat Malaysia RM10,000 sebulan,” kata seorang pengguna Twitter dengan berseloroh.

Selain itu, menurut sumber, harga tiket konsert Blackpink di Seoul, Korea Selatan dalam linkungan 170,000KRW hingga 260,000KRW bersamaan RM500-RM900 iaitu lebih murah daripada harga di Malaysia.

Tiket konsert akan mula dijual pada 15 November ini, manakala jualan tiket untuk orang awam akan dijual pada 17 November. Konsert turut menampilkan kumpulan yang dianggotai oleh Lisa, Jisoo, Jennie, dan Rose.

Blackpink sebelum ini pernah mengadakan konsert pertama di Stadium Malawati, Shah Alam pada Februari tahun 2019.