Rock The World 2022 yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil semalam di anggap sebagai ‘indah khabar dari rupa’ selepas beberapa masalah yang timbul sehingga membuakkan rasa tidak puas hati pengunjung.
Acara perayaan muzik yang menampilkan pelbagai jenis kumpulan ini telah dihadiri oleh beribu orang dari seluruh Malaysia. Selain barisan kumpulan muzik tempatan, RTW2022 – yang meraikan ulang tahun ke-20 – turut menampilkan buat pertama kali sejak penubuhannya iaitu kumpulan muzik asing dari Indonesia.
Baca Juga:
- Lebih 13,000 Peminat Muzik Tempatan Banjiri Konsert Hausboom Music 2022
- TAPAUfest 2022: Pengunjung Bawa ‘Kerusi Healing’ Layan Muzik Dan Pemandangan Tasik Raban
Bagaimanapun, melihat kepada acara yang berlangsung semalam, ramai pengunjung yang hadir meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pihak pengurusan RTW2022.
https://twitter.com/rtwfestivalasia/status/1599079114052624384
Antara yang menjadi isu ketidakpuasan hati pengunjung adalah bab masa, di mana kumpulan yang dijadualkan bermain pada masa yang ditetapkan terpaksa menunggu lama. Kesan daripada pengurusan masa yang tidak cekap ini, kebanyakan kumpulan hanya dapat mempersembahkan 3 lagu sahaja.
Selain itu, pengunjung juga terpaksa beratur panjang untuk masuk disebabkan urusan penebusan tiket yang tidak cekap.
Dalam masa yang sama, pengunjung juga menyuarakan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap pengurusan RTW2022 yang seolah-olah menjalankan acara ini dengan sambil lewa.
Kecaman ini tidak hanya berlangsung pada masa acara itu berlangsung, tetapi berjangkit sehingga ke laman Twitter. Melalui ciapan ucapan terima kasih yang dibuat oleh RTW2022, terdapat komen-komen negatif yang dilontarkan oleh pengunjung RTW2022 tahun ini.
Team korang kena improve banyak gila benda.Please belajar dari kesilapan RTW22 ni.Hormat masa orang, hormat duit orang.Crowd datang beli tiket dengan duit bukan dengan daun.Segala segi tak kena utk RTW yang ni.Harap korang improve dan jgn berada di zon selesa.Semua tak puas hati
— E J (@EJsafari) December 4, 2022
5 kali pergi rtw. ni paling teruk, pengurusan masa sangat teruk sampai delayed 2 jam dengan schedule asal, standing area sempit, laluan nk masuk kt stage sumpah tak selamat gila, and sound tu level gig RM50 je. hambar
— hqlnzl (@haiqalnazilee1) December 3, 2022
Management macam sial kau tengok ni tres empre main 3 lagu je. Padahal ada lagi lagu yang tak dapat main. Ni punca boss LO lah ni 6:20 sampai pukul 7. Sumpah barai management 🖕🖕🖕🖕 pic.twitter.com/nZPutcAmnq
— Xenyoi (@666bitt) December 3, 2022
Kalau nak charge ticket mahal buat la betul2 mangkuk. Delay tu apa semua bukan salah aku. Punya banyak band comeback dgn headline band pon kau kasi main 3 lagu. Haih geram je aku. Dgn mic, guitar tak bunyi. Fuckkkkkkk
— wazowski (@lqmnhnf) December 4, 2022
worst organiser ever. tolong jangan main main dengan time management ya. orang penat penat datang dari jauh lepastu pagi pagi dah beratur tapi kena sidai sampai dua jam. sound pun teruk gila. standing area sempit. memang teruk la 👎🏻👎🏻👎🏻
— violet (@takey0urpill) December 4, 2022
Komen pedas dari pengunjung RTW2022 ini sebenarnya berasas kerana festival RTW bukan kali pertama dilangsungkan. Ia telah berlangsung sejak tahun 2000 lagi. Dan masalah teknikal seperti soal masa dan hal pengurusan sepatutnya tidak menjadi masalah untuk sebuah organisasi yang sudah bertapak lama.
Sejak berlangsungnya acara ini semalam, pengurusan RTW masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan balas di atas permasalahan yang berlaku pada acara RTW2022 tahun ini.