Kalau anda bercadang untuk turun ke Karnival Jom Heboh KL, ada satu sebab lagi kenapa anda wajib datang. Sebabnya, TikTok Shop juga turut turun padang bersama barisan artis yang hebat!
Mulai 30 Mei sehingga 1 Jun, dari jam 9 pagi sampai 11 malam, TikTok Shop akan buka booth khas di lokasi acara dan mereka bawakan kejutan istimewa untuk para peminat dan pembeli tegar.
Bukan setakat shopping, tapi anda boleh jumpa selebriti kegemaran anda face-to-face dan beli produk mereka terus melalui TikTok Shop!
Ini Bukan Gimik – Dato’ Siti Nurhaliza, Cik B, Betty Rahmad & Eira Azira Akan Ada Kat Booth TikTok Shop!
Ya, anda tak salah baca. Empat nama besar yang bakal menghadirkan diri terdiri daripada:
- Dato’ Sri Siti Nurhaliza dengan produk kecantikan SimplySiti
- Cik B dengan Salmon Skin Salted Egg
- Betty Rahmad dengan Sambal Betty’s Kitchen
- Eira Azira dengan produk penjagaan rambut –
Semua ni akan turun padang dan jual produk mereka sendiri dekat booth khas bawah TikTok Shop.
Menariknya, anda boleh terus beli produk-produk ni melalui TikTok Shop dan ambil terus di lokasi. Tak perlu tunggu pos! Masa checkout, anda cuma pilih Seller Own Fleet, dan boleh pick-up dekat booth. Cepat, senang dan eksklusif.
TikTok Shop 6.6 Fiesta Hari Jadi – Lepas Jom Heboh, Sambung Shopping Dengan Promosi Gila-Gila
Lepas puas ronda Jom Heboh, anda boleh standby untuk sambung shopping online sebabnya TikTok Shop akan lancarkan promosi besar-besaran sempena 6.6 Fiesta Hari Jadi!
Berlangsung dari 1 – 6 Jun 2025, anda berpeluang meraih penghantaran percuma tanpa had menerusi promosi barangan yang dibeli.
Bukan itu sahaja, anda juga turut berpeluang stack empat baucar sekaligus terdiri daripada baucar penghantaran percuma, baucar tambahan, bonus cashback, sehinggalah ke baucar penjual sehingga RM100 serta meraih diskaun sampai 66% untuk produk terpilih! Berbaloi bukan?
Lebih rare, TikTokShop turut mengadakan Birthday Deals serendah RM6, RM66 dan RM666 untuk item-item tertentu. Confirm anda akan rasa macam menang cabutan bertuah setiap kali checkout!
Nak lebih tip untuk dapatkan promosi hebat? Jom tonton TikTok Shop Livestream, sebab hanya dalam live anda akan dapat baucar eksklusif yang takkan jumpa kat tempat lain.
Dalam erti kata lain, dari Jom Heboh sampai ke 6.6, TikTok Shop memang all-out untuk berikan promosi berganda buat anda!
Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh serbu booth TikTok Shop di Karnival Jom Heboh KL 30 Mei hingga 1 Jun ni. Lepas tu, sambung shopping online masa TikTok Shop 6.6 Fiesta Hari Jadi. Bolehlah bergaya dan shopping dengan penuh promosi sempena Raya Aidiladha yang bakal tiba!