Walaupun negara Malaysia sudah terkenal di luar negara, masih ada pelancong yang salah melabel atau tersalah anggap dengan negara lain.

Jika sebelum ini, wartawan kontroversi dari UK telah mengganggap Malaysia sebagai Indonesia, kini seorang TikToker kesihatan yang menetap di Bangkok telah berkongsi pendapatnya tentang lima negara yang paling digemarinya.

Bagaimanapun, satu lokasi yang diletakkan iaitu Kuala Lumpur sebagai negara itu langsung menjadi perhatian dan kini dihujani komen kecaman dari netizen tempatan sendiri kerana kesalahan fakta.

Walaupun ramai yang marah, tidak kurang juga ada yang membetulkan kenyataan lelaki itu dengan mengatakan Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia dan menjadi hub kepada pelancongan.

tiktoker
Sumber Gambar: Threads

TikToker itu meluahkan yang dirinya layak dikecam oleh netizen dan memohon kemaafan dengan setulus hati kepada rakyat Malaysia ke atas kesalahan tersebut.

“Saya telah ke Malaysia sebanyak 3 kali.
Hari ini, saya secara tidak sengaja menyebut Kuala Lumpur sebagai sebuah negara.

Saya “digoreng” (dikritik hebat) dalam balasan-balasan (memang layak pun). Saya boleh sahaja memadamkan hantaran tersebut tetapi saya akan bertanggungjawab atas kesalahan ini.

Permohonan maaf yang tulus ikhlas saya kepada rakyat Malaysia,” tulisnya.

Dalam pada itu, di dalam siaran terbaharunya itu dihujani komentar dari netizen yang meminta dia untuk tidak mengambil hati dengan segelintir rakyat Malaysia yang lancang dalam mempertahankan negara mereka.