Apabila ke luar negara, anda terkadang pasti rindu masakan atau barang runcit dari Malaysia kerana rasanya yang cukup menggamit memori serta kena dengan selera rakyat Malaysia.
Seorang TikToker bagaimanapun mendedahkan realiti sebenar barangan runcit dari Malaysia tidak sesusah yang disangka walaupun berada di negara Barat.
“Mari bersama saya pergi dapatkan barangan runcit dari Malaysia di Chicago”, tulisnya pada video.
“Pasar Makanan Asia Chin Land sebenarnya adalah kedai runcit Burma di Chicago, dan ia berdekatan dengan tempat kerja saya jadi saya singgah untuk mengambil bawang merah, kerana saya membuat sambal sotong.
“”Semua orang seolah-olah berfikir bahawa saya tidak mempunyai akses kepada barangan runcit Malaysia dan hanya makan makanan Amerika, tetapi ibu saya seorang tukang masak yang sangat berbakat, sama seperti ramai rakyat Malaysia Amerika yang tinggal di sini, jadi saya membesar dengan makanan Malaysia.,” tambahnya.
Di samping itu, dia juga meluahkan rasa bertuah kerana tinggal di dalam bandar utama yang mana mempunyai saiz komuniti Asia Tenggara sekaligus mudah mendapatkan akses kepada barangan runcit dari Malaysia dan negara seangkatannya.
@smolpal support local asian american businesses guys! 😃 my fave places in chicago to find malaysian groceries are chin land and tai nam but there’s other asian groceries where you can find random malaysian things 🫡 #malaysian #malay #malaysia #malaysiatiktok #chicago #asian #asianfood
Anda boleh lihat sendiri barangan yang diimport termasuklah biskut Hup Seng, cokelat choki-choki, bahulu madu, tin kari ayam Adabi dan Milo.
Video tersebut langsung menjadi perhatian di platform tersebut dan mengundang pelbagai reaksi di kalangan netizen tempatan.
“Kalau awak tak cakap berada di Chicago, saya ingatkan video ini diambil dekat kedai runcit dalam kawasan Felda.
“Dah makin banyak dah ya produk Malaysia dekat overseas. 10 tahun ke belakang, ramai duk komplen susah nak cari. Untunglah orang yang tinggal pada masa kini.
“Peh malah ada makanan beku dari kawan? Kalian tinggal di syurga.
“Wow saya terfikir berapakah harga yang dicaj, untuk matawang awak ia akan jadi lebih murah?, demikian komentar yang dilontarkan oleh netizen tempatan.