Kecoh sejak semalam apabila tular sebuah rakaman yang menyaksikan seorang lelaki yang keluar daripada kereta Proton Persona dalam keadaan marah lalu mempersoalkan tindakan Perodua Myvi serta tunjal kepala pemandu tersebut.

Rakaman yang tular itu secara tidak langsung telah menerima pelbagai respon di kalangan netizen yang berpendapat seorang lelaki tidak patut mengasari wanita seperti yang dilakukan. Malah, terdapat netizen yang sudah mengumpul maklumat lelaki berkenaan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, difahamkan pihak polis telah menerima laporan daripada dua-dua individu bagi mengetahui lebih lanjut insiden yang tercetusnya perbalahan tersebut.

Perkongsian daripada mangsa Pemandu Myvi

Menurut mangsa yang dikenali sebagai Amiera berusia 24 tahun, beliau pada awalnya cuba memotong kereta di hadapan beliau namun tidak dapat. Beliau turut memaklumkan telah menerima isyarat lucah daripada pemandu Persona tersebut.

Bukan itu sahaja, pemandu Persona tersebut tidak hanya menunjukkan isyarat lucah, malah turut turun daripada keretanya serta mengetuk tingkap kereta sebelum insiden tunjal kepala berlaku.

Jawapan balas pemandu Proton Persona

Menerima kecaman yang hebat oleh netizen, lelaki berkenaan dilaporkan turut tampil membuat laporan polis untuk mempertahankan dirinya daripada terus menjadi bahan kecaman sekaligus menceritakan punca sebenar.

Menurut lelaki ini, insiden tersebut berlaku semasa perjalanan turun dari Cameron Highland ke Tapah di mana Perodua Myvi yang dipandu wanita tersebut memotong kereta beliau.

Difahamkan pada ketika itu terdapat sebuah kereta pada arah bertentangan dan apabila Perodua Myvi gagal memotong, kenderaan di arah bertentangan dan beliau selaku pemandu Proton Persona brek secara mengejut.

Perodua Myvi tersebut kemudiannya telah menghimpit kereta beliau sehingga menyebabkan beliau terpaksa menghimpit ke tepi jalan.

Pemandu Proton Persona ini kemudiannya meneruskan perjalanan turun ke Lata Iskandar serta memberhentikan kereta Myvi tersebut untuk berjumpa.

“Untuk makluman, dalam kereta saya juga ada anak berusia 2 tahun dan isteri saya sedang hamil 8 bulan. Tindakan pemandu Myvi itu mengancam nyawa kami sekeluarga memandangkan jalan di Cameron Highland tidak sesuai untuk memotong kerana jalannya kecil, berliku, juram. Pada masa kejadian, terdapat kenderaan dari arah bertentangan” ulas pemandu Proton Persona itu.

Lelaki tersebut jelas kesan dengan tindakan pemandu Myvi yang menularkan video tersebut tanpa menjelaskan situasi yang berlaku. Beliau juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap insiden yang berlaku.

Meskipun pemandu Proton Persona turut mempunyai kesalahan tersendiri apabila memilih untuk menyentuh wanita tersebut, difahamkan wanita yang merupakan pemandu Perodua Myvi itu juga turut bersalah gara-gara memandu secara merbahaya.