Bazar Ramadan memang menjadi tumpuan pada bulan ini kerana orang ramai mahu mendapatkan juadah dan minuman untuk berbuka bersama keluarga tersayang.

Namun baru-baru ini tular sebuah video yang memaparkan seorang individu yang mencemari bulan Ramadan dengan mempromosikan aktiviti perjudian secara terbuka di sebuah bazar Ramadan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menerusi akaun TikTok yang dikenali sebagai Oppa Zuzu, dia mendedahkan tentang kehadiran seorang individu yang mengedarkan satu kad yang dipercayai promosi judi kepada peniaga-peniaga melayu.

Oppa Zuzu mendedahkan bahawa dia telah menegur individu tersebut untuk tidak berbuat sedemikian di tempat yang dipenuhi orang Islam. Individu terbabit bagaimanapun masih berdegil untuk mengedarkan kad promosi judi kepada orang ramai.

Tanpa berlengah lagi, dia lantas pergi menghalang individu itu daripada berbuat sedemikian dan merekod video sebagai bukti supaya pihak berkuasa boleh mengambil tindakan.

Di dalam video itu, dapat dilihat Oppa Zuzu berkomunikasi dalam bahasa Mandarin dengan individu terbabit lalu mengiring lelaki itu keluar daripada tapak bazar Ramadan. Difahamkan kejadian ini berlaku di Bazar Stadium Ipoh.

@ezzuchang

Promote Judi Di Bazar Stadium Ipoh! AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR! #ezzuchang #oppazuzu #fyp #foryoupage #tiktokguru #foryourpage #ramadhan2024 #bazarstadiumipoh2024

♬ Instrumen Sedih – Yuda pratama

Video tersebut telah meraih perhatian pengguna TikTok di mana majoritinya memuji tindakan Oppa Zuzu yang menghalang individu tersebut mengedarkan kad promosi judi di bazar Ramadan.

Sumber Gambar: TikTok Oppa Zuzu
Sumber Gambar: TikTok Oppa Zuzu

Dalam pada itu, ada juga yang mendedahkan bahawa memang wujud aktiviti promosi perjudian di sesetengah lokasi. Jadi, ramai meminta pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pihak terbabit supaya tiada orang terjebak dengan aktiviti perjudian lebih-lebih di dalam keadaan kegawatan ekonomi ketika ini.