Memandangkan sudah masuk pun musim haji, maka ramai jemaah kini sudah berlepas ke tanah suci untuk menjalani ibadah haji. Jadi, kita dapat melihat bermacam-macam video berkenaan dengan tanah suci menerusi timeline di media sosial.

Antara salah satu video yang telah mendapat perhatian netizen di mana tindakan jemaah wanita yang berasal daripada negara jiran ini dirasakan kurang enak pada pandangan ramai.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@hj.lindah…cemmank

alhamdulillah…dapt kesempatan mandi langsung di tempat air zam-zam dengan spuasx masya Allah 🤲🙏

♬ Subhanallah Walhamdulillah – Risakhodija

Dalam satu video viral berdurasi 45 saat di TikTok, dapat dilihat ada sekumpulan wanita yang dipercayai jemaah di tanah suci sedang khusyuk mandi di sebuah kawasan terbuka.

Menurut pengirim asal, beliau menyatakan rasa syukur kerana dapat mandi dengan air zam-zam sambil menunjukkan dirinya bersama jemaah lain yang dipercayai dari negara jiran, Indonesia khusyuk sedang membasahkan diri menerusi paip yang disediakan.

Tindakan mereka ini telah mengundang kecaman netizen kerana aurat mereka dilihat telah terdedah kerana kain terlekap pada badan di samping kelihatan jarang dan sikap mereka juga dianggap kurang sesuai kerana air zam-zam itu didakwa hanya digunakan untuk diminum.

Namun, ada juga di kalangan netizen yang mendakwa kawasan tersebut sebenarnya bukanlah tempat air zam-zam dan air yang mereka mandi itu juga bukanlah air tersebut.

Sumber Gambar: TikTok @indah..chemmank
Sumber Gambar: TikTok @indah..chemmank
Sumber Gambar: TikTok @indah..chemmank
Sumber Gambar: TikTok @indah..chemmank

Dalam masa yang sama, ada yang mengatakan bahawa air tersebut memang air zam-zam dan boleh digunakan untuk mandi, namun pihak yang menjaga di sana didakwa tidak menggalakkan jemaah wanita untuk mandi di kawasan itu.