Bila dah sampai ke lapangan terbang, tahap anxiety masing-masing memang lain macam. Mana nak kejar masa, nak kena hadap barisan panjang, lagi-lagi kalau ada anak kecil yang tengah meragam. Waktu itulah kita paling mudah hilang fokus.

Namun, dalam kekalutan itu, seorang wanita baru-baru ini dipuji netizen selepas beliau berkongsi detik ‘panas’ apabila diminta untuk membawa sebuah beg misteri oleh individu yang tidak dikenali ketika sedang bergegas ke pintu berlepas (gate).

Tindakan Wanita Ini Tolak Bawa Beg 'Misteri' Di Airport Raih Pujian, Elak Risiko Jadi Keldai Dadah
Sumber Gambar: Threads

Menerusi video itu, tuan badan telah dirakam oleh adik iparnya yang kebetulan sedang bergegas mahu pergi ke gate kerana takut pintu tutup di samping sedang menguruskan dua orang anaknya.

Dalam kekalutan itu, secara tiba-tiba seorang wanita dalam usia 50-an yang tidak dikenali menerpa mereka dan meminta bantuan untuk tumpang serta bawakan bagasi miliknya melalui pemeriksaan.

Lebih licik lagi, dia cuba memberikan bagasi itu kepada anaknya yang pada ketika itu nampak sangat blur dengan situasi itu dan mencari mangsa yang dalam keadaan kelam-kabut pada saat itu.

Namun, dengan teguran adik ipar dan sifat berkeras wanita itu menolak permintaan tersebut mungkin telah menyelematkan mereka dari menjadi keldai barang terlarang secara tidak langsung.

Walaupun nampak seperti bantuan kecil, tindakan tegas beliau menolak permintaan tersebut dianggap sebagai langkah paling bijak.

Di saat ramai yang mungkin rasa serba salah untuk menolong, kita sering terlupa bahawa “keselamatan tidak boleh dibawa berbincang.”

Sudah banyak kes ‘keldai dadah’ berlaku hanya kerana sikap terlalu baik atau terpedaya dengan taktik licik sindiket yang menggunakan modus operandi meminta tolong membawa barang di saat-saat akhir sebelum flight.

Kisah ini bukan sekadar tentang beg, tapi tentang betapa pentingnya kita mempunyai common sense yang tinggi demi melindungi diri sendiri daripada menjadi mangsa keadaan.

Boleh tengok video penuh dengan klik di sini.

Menjengah ke ruangan komentar, netizen sepakat memuji akan tindakan mereka yang masih berwaspada walaupun dalam keadaan kalut untuk beredar pada ketika itu.

Dalam pada itu, ada yang percaya ini salah satu modus operandi keldai dadah menggunakan orang lain yang naif untuk melepasi pemeriksaan barang terlarang yang dibawa.

Menariknya, seorang staf lapangan terbang turut memuji tindakan wanita tersebut dan mendakwa sudah banyak kes individu yang terkena dengan membawa beg yang berisi barang terlarang.