Jepun cukup terkenal dengan perkhidmatan kereta api laju yang sangat menepati masa. Tidak pernah kurang sesaat, mahupun terlebih sesaat bagi memastikan orang ramai tidak tertunggu-tunggu untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Terbaharu, seorang pemandu kereta api Jepun, Shinkansen bakal menghadapi hukuman tatatertib setelah beliau meninggalkan kokpit kereta api laju selama beberapa minit untuk pergi ke tandas.
#FPCJ #japannews #海外ニュース #海外メディア @Guardian
Japan bullet train driver disciplined for leaving controls to go to toilethttps://t.co/KCtS00NN3l— Foreign Press Center Japan/フォーリン・プレスセンター (@fpcjpn) May 24, 2021
Menurut laporan BBC, pemandu kereta api terbabit telah meminta seorang konduktor yang tidak memiliki lesen memandu, untuk mengendalikan kereta api yang bergerak dengan kelajuan 150km/j.
Ketika insiden tersebut berlaku, konduktor tidak bertauliah itu mengawal sebuah kereta api laju yang membawa seramai 160 penumpang selama tiga minit dan dilaporkan situasi terbabit tidak menjejaskan keseluruhan perjalanan.
Syarikat Kereta Api Central Jepun (JR Central) mengatakan kejadian itu berlaku pada pagi Ahad ketika kereta api dalam perjalanan di wilayah Shizuoka tengah. Syarikat tersebut telah melaporkannya kepada pihak berkuasa dan membuat permohonan maaf.
Menurut JR Central, peraturan syarikat menyatakan jika pemandu merasa tidak sihat, mereka mesti menghubungi pusat arahan pengangkutan mereka. Mereka juga dibenarkan meminta konduktor untuk mengambil alih kawalan kereta api, jika konduktor mempunyai lesen memandu.
Sekiranya tidak ada pengganti ketika itu, kereta api mesti dihentikan sehingga pemandu boleh memandu semula atau perlu tunggu pengganti yang berkelayakan dapat mengambil alih kawalan kereta api tersebut.
“Ini adalah tindakan yang sangat tidak wajar. Kami meminta maaf,” terang Pegawai kanan, Masahiro Hayatsu kepada wartawan.
Walaupun tiada insiden yang tidak diingini berlaku, pemandu dan konduktor bakal menghadapi kemungkinan tindakan disiplin daripada pihak syarikat. JR Central menyatakan bahawa mereka akan mengkaji semula dasarnya untuk memastikan insiden seperti itu tidak berulang.
Oleh kerana mahu tepati masa, pemandu kereta api telah pandu laju menyebabkan kemalangan maut. Baca lebih lanjut melalui pautan di bawah.
‘Dipaksa’ Untuk Tepati Masa, Pemandu Kereta Api Ini Sanggup Pandu Laju Sehingga Kemalangan
Bagaimana Shinkansen Menjadi ‘Role Model’ Untuk Pengangkutan Awam Seluruh Dunia