Nota Editor: Nota ini ditulis oleh Tuan Harith Faisal dan dikongsi semula di Vocket dengan kebenaran beliau. Semoga nota ini membantu para graduan muda memulakan pelaburan hartanah. Anda boleh mengikuti tip pelaburan hartanah untuk para graduan muda di Facebook beliau.

Tip Beli Rumah Secepat Mungkin Selepas Graduate

Saya rasa malam ini saya nak kongsikan tip-tip untuk fresh graduate dan bakal fresh graduate supaya dapat beli rumah secepat mungkin.

harith-faisal
Harith Faisal

Seperti yang dijanjikan, saya akan berkongsi tip-tip untuk beli rumah secepat mungkin selepas graduate.

Tip ini perlu dimulakan beberapa bulan sebelum tamat pengajian.

Kawan-kawan mesti tahu kan apa yang diperlukan untuk memohon pinjaman perumahan di bank?

Kita perlu payslip.

Nak dapat payslip, kita perlu bekerja.

Nak dapat kerja, kita perlu cari kerja.

Bila nak mula cari kerja?

Secepat mungkin!!

Tip: Cari Kerja Secepat Mungkin

  1. Mulakan job hunting anda beberapa bulan sebelum anda tamat belajar.

    Kadang-kadang ada fresh graduate yang nak honeymoon dulu.

    Melancong ke luar negara beramai-ramai.

    Nak lepak kat rumah parent dulu 4-5 bulan.

    Terpulanglah.

  2. Lagi satu, jangan terlalu memilih kerja.

    Dalam keadaan ekonomi sekarang, banyak syarikat tengah buang pekerja.

    Jadi, kalau anda dapat tawaran kerja tu, bersyukurlah.

    Fikirlah banyak-banyak kali sebelum menolak tawaran tersebut.

    Semakin cepat anda mula bekerja, semakin cepat anda boleh beli rumah.

  3. Secara asasnya, jika anda dah mula adakan simpanan untuk modal deposit rumah dan sudah mempunyai komitmen ASB Financing-i sejak di universiti, anda hanya perlukan 3-6 bulan sahaja untuk memiliki rumah pertama.

    Kalau tidak, anda perlukan masa untuk menyimpan modal deposit rumah dan mewujudkan apa-apa rekod komitmen anda dalam CCRIS.

    Bank susah nak luluskan pembiayaaan perumahan kita kalau rekod CCRIS kita terlampau bersih tanpa komitmen.

    Cadangan saya, memohonlah ASB Financing-i (amaun minimum dan tempoh maksimum) ataupun kad kredit (had terendah).

    Selepas beberapa bulan, dah boleh dah memohon pinjaman perumahan.

Amacam?

Dah datang semangat nak mula bekerja cepat-cepat dan beli rumah pertama di awal usia? Hihi..

Ada banyak lagi tip untuk fresh graduate dan bakal fresh graduate.

Jumpa lagi di perkongsian saya yang akan datang.

Atau rajin-rajinkan diri untuk scroll down wall saya.

Wallahu a'lam.

Petikan daripada perkongsian saya yang terdahulu. Saya letakkan sekali di sini untuk rujukan Tuan Puan.

Langkah Pertama Fresh Graduate Mudah Beli Rumah

Rata-rata kawan yang minta saya tunjukkan cara beli rumah pertama, pasti ada masalah CCRIS terlalu bersih. Maksudnya tak pernah ada apa-apa komitmen dengan bank (pinjaman kereta, pinjaman peribadi, kad kredit dll).

harith-faisal4
Harith Faisal

Itu perkara biasa. Maklumlah kami semua muda-muda belaka (umur lingkungan 23-25 tahun), belum terjebak dengan produk-produk bank lagi. Hihi.. Baru habis belajar dan juga baru mula dapat kerja tetap.

CCRIS terlalu bersih pun tak boleh. Kena ada komitmen juga supaya bank boleh tengok rekod pembayaran kita macam mana. Punctual or not punctual bayar ansuran bulan-bulan.

Yang saya selalu cadangkan adalah, memohon kad kredit (card credit/ CC) dengan had paling rendah, ambil yang Islamik, guna CC tu 2-3 bulan di Petronas dan Mydin, terus layak untuk memohon pinjaman perumahan pula. Tapi pastikan lepas pakai CC, terus bayar hutang. Jangan sampai tertunggak.

Ada pulak yang bertanya, "Kenapa tak sarankan kami buat pinjaman kereta atau pinjaman peribadi je?"

Jawapan saya, "Nanti komitmen jadi tinggi, susah pula bank nak luluskan pinjaman perumahan korang. Mau?"

Buat ASB Financing-i pun okay. Ambil amaun minimum, tempoh maksimum. Contohnya RM10k, 30 tahun. Bayar installment dengan baik ye. Jangan culas.

Hutang PTPTN, sila bayar on time juga. Kalau tak, rekod CCRIS akan jadi buruk dan pastinya menyukarkan kelulusan pinjaman perumahan anda.

Jangan mohon kad kredit (CC) kalau masih belum dapat kawal nafsu berbelanja. Tengok Jakel buat sale diskaun 20% pun dah bergetar tangan, meleleh air liur, baik lupakan niat nak pakai CC.

Pohon CC kalau dah ada perancangan nak memohon pinjaman perumahan dalam masa terdekat, dah ada modal 15% daripada harga rumah – memang saya buat cara ni dulu masa nak beli rumah pertama. Saya juga ada masalah CCRIS sangat 'bersih' tanpa rekod (fresh graduate, biasalah).

Cara nak dapatkan modal beli rumah mestilah kena menyimpan duit. Gaji bulan pertama, terus simpan 20%. Bulan seterusnya simpan 30%. Kemudian 40%. Bujang,kan? Bolehlah simpan banyak duit. Ikutlah had masing-masing hendak simpan maksimum berapa peratus daripada gaji.

Matematik tidak menipu.

Kalau target nak ada simpanan RM12k dalam masa setahun, mesti kena simpan RM1k setiap bulan selama 12 bulan.

Nak simpan di mana? Terpulanglah….

Bila nak mula? Sekati koranglah…

BACA: 1 Sebab Penting Kenapa Lelaki Ini Bersungguh Beli Rumah Bawah Harga Pasaran

BACA: Rumah Lama Tahun 60an Di Pulau Pinang Ini Dihias Gaya Minimalis Tanpa Menjejaskan Keunikannya

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber