Iceland mungkin baru dikenali di negara kita gara-gara filem Dilwale yang memaparkan keindahan negara yang jauh di ufuk utara bumi ini.
Kalau tidak, kebanyakan beranggapan hanya penguin dan polar bear yang menghuni pulau ini.
Tapi saya mula bercita-cita untuk menjelajahi Iceland setelah menonton filem The Secret Life of Walter Mitty pada tahun 2013. I knew it was an epic place on earth.
Plan perjalanan pada permulaan hanya untuk 7 hari. Namun saya diyakinkan untuk melanjutkan masa sehingga hampir 2 minggu untuk meneroka bahagian selatan, tenggara dan barat Iceland.
Segala jadual perjalanan dan penginapan disiapkan dari rumah lagi untuk memaksimumkan masa perjalanan memandangkan dalam musim sejuk tempoh sinar matahari adalah agak singkat.
Kemungkinan lain yang patut diambil kira sekiranya berlaku perubahan cuaca yang tiba-tiba yang akan mengganggu kelancaran semua perancangan kami. In Iceland, if you don’t like the weather, wait 5 minutes.
Baca: 10 Tip Travel Ke Lokasi Indah Dalam Filem Dilwale Di Iceland
Berikut adalah kisah perjalanan dan tips jika anda mahu meneroka Iceland dengan memandu dan menginap di beberapa tempat di sepanjang perjalanan di musim sejuk dan bersalji.
Hari Pertama
Flight dengan Qatar Airways dari KLIA jam 0925 memakan masa selama 7 jam 50 minit. Untuk perjalanan ke Doha. 6 jam 50 minit untuk perjalanan ke Copenhagen. Dan 3 jam 15 minit ke Reykjavik. Jumlah jam termasuk layover adalah 22 jam.
Kami sampai di Keflavik International Airport pada jam 2230 waktu di sana. Kami menginap di Bed and Breakfast Keflavik hanya bersebelahan dengan airport (free shuttle).
Malam itu juga kami mengambil kereta Toyota Land Cruiser 4×4 (with studded tyres) dengan Blue Car Rental yang juga berdekatan.
Hari Ke-2
Kami memulakan perjalanan memandu ke selatan Iceland. Tempat pertama yang dituju ialah Hveragerdi.
Kami singgah di Geothermal Park and Hot Spring. Namun, restoran Earth Cooking ditutup pada waktu winter (hanya dibuka untuk tempahan minimum 1 bas).
Tapi kami ambil kesempatan untuk memanaskan kari ayam Yeo’s dan hangatkan roti dalam earth oven yang sentiasa panas dari kerak bumi. It was a fun and unique experience.
Seterusnya kami berhenti di tempat air terjun yang popular, Seljalandsfoss. Kawasan diseliputi salji manakala tangga sangat berais dan licin. Tak dapat meneroka di sebalik air terjun seperti SRK dan Kajol.
Kami tiba di Borg Rooms & Apartments, Hvolsvollir. Sangat selesa dan luas dan dapur adalah lengkap untuk memasak. Ini sangat penting kerana kami bawa segala makanan dari KL untuk menjimatkan belanja (sepinggan makan tengahari berharga RM150-200 seorang di sini).
Hari Ke-3
Perjalanan diteruskan dan air terjun popular seterusnya yang kami singgah ialah Skogafoss. Kami gigih memanjat anak tangga untuk sampai ke puncak air terjun.
Di tengah-tengah perjalanan bebola salji turun dengan lebat beserta angin dan ia menampar-nampar muka. Sakit but it was worth it, the view was spectacular.
Seterusnya, Black Sand Beach. Waktu ini, angin adalah sangat kuat dan ombak sangat tinggi. Masing-masing kutip beberapa batu hitam untuk dibuat kenang-kenangan.
Kami tiba di penginapan seterusnya, Fosshotel Nupar. Salji menutupi hotel ini separuh pintu. What..! Di hotel ini kami ambil 2 bilik (normal hotel room).
Saya meneliti beberapa aurora forecast apps yang saya download di iPhone dan juga di website meteorologi Iceland.
Berpandukan tips yang saya baca dan bercakap dengan staff hotel, saya keluar mendongak ke arah utara (it’s northen light, as the name say) sambil membidik kamera DSLR (long exposure) dan dapat menangkap cahaya aurora yang lemah (yang berwarna kelabu dan agak mengelirukan. Saya sangkakan ia awan). Tetapi dalam gambar, ia berwarna hijau!
Cepat-cepat saya berlari masuk ke dalam bilik hotel dan ajak semua orang keluar. Beberapa minit kemudian, the northen lights mula menghasilkan cahaya hijau yang terang-benderang dan menari-nari di depan mata. It was a full moon tetapi sangat jelas. Menakjubkan.
Mencabar sungguh untuk memetik butang kamera, dials dan membawa batang tripod yang sejuk beku dalam salji yang tebal.
Jari kaki dan tangan jadi kebas. Suhu pada malam tu adalah -8C. Kena berdiri keras selama 8-10 saat demi mendapatkan long exposure shots dan gambar yang cantik.
Mujur tak keras terus di situ. Gambar tak berapa sharp sebab gelap gelita, susah cari objek to focus. Tapi gambar yang berjaya dihasilkan tetap Nampak cantik.
Tidur dalam senyuman dan hati yang gembira.
Baca: 8 Fakta Menarik Tentang Aurora Borealis Yang Mungkin Anda Belum Tahu
Hari Ke-4
Kami singgah di Vatnajokul National Park. Tapi tidak dapat meneruskan perjalanan untuk sampai ke air terjun Skaftafell kerana keadaan laluan trek yang teruk.
Keajaiban Iceland yang seterusnya ialah Jokulsarlon Glasier Lagoon. Di musim sejuk macam ni, kami dapat menatap glasier yang biru kehijauan dari jauh sahaja kerana tasik membeku dan ais pecah. Terdapat beberapa icebergs di depan mata yang berwarna hijau kryptonite.
Di seberang jalan adalah pantai yang dinamakan Diamond Rocks Beach. Ini kerana ia dipenuhi dengan ais-ais kecil yang dipanggil ‘calving’ ice. Ia berwarna jernih dan bersinar seperti batu permata.
Pada sebelah petang, kami mengikut tour Ice Caving. Kami menaiki kereta pacuan 4 roda gergasi dan menyelusuri di atas tasik yang membeku dan dilitupi salji.
The ride was very bumpy, lopak air paras pinggang, angin pun kuat. Priceless experience.
Ice cave hanya boleh dimasuki waktu winter. Menjelang musim panas, ais akan mencair. Gua ais yang baru akan terbentuk semula di musim sejuk akan dating.
Pengalaman berada di dalam gua ais yang membiru amat menakjubkan. Suhu agak hangat di dalam. Seriously! That’s why Eskimo can live in an igloo.
Hari Ke-5
Wind Alert: Yellow warning. Tiupan angin kencang hari ni. Kami terpaksa tunggu di hotel dan berharap angin yang bertiup kencang akan reda.
Dan tiba-tiba, cuaca cerah dan baik sekali. Ribut sudah berhenti, angin masih kuat tapi dah selamat untuk pemanduan kereta.
Kami singgah di satu tempat yang sangat cantik iaitu Fjadargljufur Canyon. Jarak trekking adalah sekitar 5km merentasi bukit. Angin kencang hampir menerbangkan kami semua.
Masa ni saya tak pakai ice spike. Salji terasa licin dan asik nak tergelincir saja. Mencabar mental sungguh.
Kemudian kami mencari lokasi tapak pesawat terhempas di tepi pantai yang sungguh menakjubkan dalam videoklip Gerua. Agak tricky untuk ke sini, ada juga pengunjung yang gagal jumpa tempat ni.
Apatah lagi pada musim sejuk hanya kenderaan 4×4 saja yang dibenarkan masuk. Sekali lagi kami hampir terbang kerana angin sangat kencang. Susahnya nak pose maut seperti Kajol!
Singgah sebentar mandi dalam geothermal hotspring pool di Secret Lagoon, Hvammsvegur, Flúðir. Ada Litli Geysir di sini yang meletus sekali-sekala.
Kami akhirnya menginap di Golden Circle Apartments. Luas dan selesa dan kami masak beriya di sini.
Berhadapan dengan apartment ini ialah tasik air panas dan Fontana Geothermal Cafe, di mana kami memasak rye bread dalam tanah yang panas di bawah air tasik yang menggelegak. Tempoh memasak ialah 20-24 jam. Rasa roti rye ini padat dan enak. Jadilah bekal untuk sepanjang perjalanan.
Baca: 7 Langkah Dan Cara Pakai Baju Yang Sesuai Bila Travel Ke Negara Sejuk Melampau
Hari Ke-6
Kami ingin mencari air terjun seterusnya iaitu Bruarfoss tapi sekali lagi, jalan ditutup. Jadi kami teruskan perjalanan ke Geysir Stokkur. It was a marvelous geothermal show by mother earth.
Kami ada singgah di market untuk meninjau produk di Iceland, menengok harga dan membeli sedikit barang-barang tambahan.
Hari Ke-7
Air terjun seterusnya ialah Gulfoss waterfall. Tempat ini juga adalah meeting point untuk snowmobile excursion. Well, trip yang sempoi sahaja. Just riding in one line with others.
Kemudian kami meneruskan perjalanan yang panjang ke barat Iceland iaitu Olafsvik. Perjalanan dihiasi dengan angin kuat, kemudian kabus, kemudian salji, kemudian seperti tiada apa berlaku.
Kami sampai di Vid Hafid Apartments pada waktu malam. Bau masin laut dan ikan di pelabuhan sememangnya menyegarkan. Terus jatuh cinta dengan pecan nelayan ni.
Hari Ke-8
Kami ke Shark Museum (Bjarnarhofn Museum). Pemandangan di sepanjang perjalanan adalah menakjubkan. Memang kami berhenti berkali-kali untuk mengambil gambar.
Kami mencuba isi ikan jerung yang dijeruk. Saya pernah tonton ni di NatGeo dan rasa bersyukur sangat sebab akhirnya dapat rasai sendiri. It has been on my dream to actually be on a NatGeo Quest!
Kemudian kami meyelusuri semenanjung Snaefellsnes dan singgah di Arnarstapi beach., Malarrif light house, dan kembali ke pelabuhan untuk tengok nelayan Icelandic balik dari laut.
Rezeki kami dapat 3 ekor haddocks yang besar-besar. Kami masak dengan perapan sambal mee udang dan rasa dia seolah-olah masak asam pedas di dalam oven!
Kami ingin mengikuti Lava Tube Excursion: A Journey to the Centre of the Earth (doesn’t it sound like a movie!) di Snaefellsjoekul National Park tetapi masa tidak mencukupi.
Shark meat adalah beracun jika dimakan fresh. Jadi ia perlu melalui proses fermentation untuk menyingkirkan toksin. Mengambil masa sehingga 6 bulan sebelum dapat dinikmati. Nikmat kew. Huhu. Bau pun tak bole handle.
Sekarang, mereka kata mereka tidak lagi memburu jerung. Kecuali jika ada jerung tertangkap bersama ikan lain, itu dikira rezeki.
Hari Ke-9
Kami bertolak balik ke Reykjavik town. Lebih 350KM jaraknya dan kami melalui terowong yang sangat panjang (6KM) dan dikenakan tol kR1000 (satu-satunya tol di Iceland).
Terowong ini agak berdebu dan nampak seperti ditarah begitu sahaja ibarat menyelusuri gua. Au naturel, yes?
Destinasi seterusnya ialah Blue Lagoon. Tempat yang overrated. Sangat bersilika hinggakan cover GoPro kami berkarat jadinya. Jangan pakai barang kemas juga. Still a nice place to check out.
Check in di Hafnarfjodur Hotel. Malang, hotel ini tak semegah hotel-hotel awesome yang kami tinggal sebelum ini. Hotel lama. Huhu. Tapi masih ada kitchenette jadi kami dapat masak dengan jayanya.
Hari Ke-10
Pagi-pagi kami memandu ke Thingvellir (jarak dalam 40KM) untuk trip snorkeling. Proses memakai drysuit dalam salji dan kondisi sejuk adalah mencabar.
Baju bergetah yang ketat terutama di bahagian leher buat saya rasa tercekik. All in all, pengalaman berada di antara 2 tektonik plat Amerika Utara dan Eurasia sama menariknya dengan memburu aurora. Air dia memang sangat jernih.
Walaupun sejuk menggigil, kami masih enjoy minum bercawan-cawan air glacier Silfra yang sangat sedap.
Kami sudahi hari yang indah ini dengan bermain salji.
Kemudian, kami makan malam di Reykjavik Fish and Chips. Kena juga merasa makan di luar, ok.
Hari ke-11
Hari-hari terakhir ini kami habiskan dengan melawat beberapa museums, jalan-jalan di flea market (ada jual durian, harga hampir RM300 sebiji!), pusat expo, pusat membeli belah, monument-monumen, gereja, masjid, membeli cenderahati, mencari elves dsb.
Jadi ini tip saya, sehari pun boleh cover satu Reykjavik. Luangkan lebih masa di kampung-kampung yang lain.
Hari Ke-12
Sarapan dan berkemas untuk balik. Kami singgah di Harpa untuk menyaksikan persembahan visual dalam kotak sebelum bertolak ke airport. Hentian terkakhir ialah di Viking Village berdekatan Hafnarfjordur.
Masa selebihnya dihabiskan untuk memulangkan kereta, menebus VAT tax, dan shopping tax free di airport.
Perjalanan balik
Flight jam 1625 dari Reykjavik mengambil masa 3 jam perjalanan ke Stockhom. 6 jam ke Doha. 7 jam ke KLIA. Sampai KL pada jam 2020. Total hours including layover: 21 jam.
Jetlagged: Tak ada, hehe.
Tips Sebelum dan Semasa Berada di Iceland:
1. Elok tempah semua tempat penginapan siap-siap. Cari apartment atau bilik yang sediakan dapur dan lebih baik jika ada sekali mesin basuh. Jadi boleh basuh baju, usah bawa banyak sangat. Baju memang diulang pakai.
Bawa segala makanan dari rumah. Serunding, makanan tin, ramen, sambal tempe dll. Suhu sejuk menjamin makanan tidak basi.
2. Jika tinggal di hotel yang menghidangkan sarapan, ambil sikit roti dan jem untuk bekalan. Yang ini kena pandai-pandail lah ye. Haha. Roti Iceland memang sedap! Jadi boleh makan di sepanjang perjalanan. Jimat!
3. Memandu sendiri adalah kami galakkan daripada ikut tour. Pastikan ada international license (RM150 setahun) kerana Iceland bukan Negara Commonwealth. Untuk pemandu tambahan perlukan insuran tambahan (macam second driver di sini lah). Book awal dari rumah.
4. Mengisi minyak menggunakan credit card memerlukan pin nombor. Dapatkan daripada bank anda sebelum bertolak.
5. Boleh bayar segala benda menggunakan credit card. Kami jumpa tandas awam di Thingvellir yang perlukan credit card untuk masuk. Tiada caj minimum. Lagi senang berbanding menukar matawang dari RM ke USD/Euro then ke ISK Krona.
6. Isu nak ke tandas tiada masalah walaupun di Iceland tiada R&R. Boleh masuk café atau di tourist shop. Free aje.
7. Tak jumpa pengurup wang. Kami tukar sedikit wang di bank. Lagi senang di ATM sebab di kaunter ada yang kena bayar exchange fee.
8. Air sejuk dari air paip selamat untuk di minum. Tak perlu beli air mineral.Mahal. Bawa tumbler dan isi air paip penuh-penuh sebab musim sejuk anda tak perasan terdehidrasi.
9. Air panas yang adakalanya berbau kuat (macam bau telur tembelang) ialah berunsur sulfuric sesuai untuk mandi dan basuh baju. Tahan saja bau nya sebab ianya semulajadi dari geothermal.
10. Jangan lupa sunblock, moisturizer, lipbalm dan cermin mata hitam dengan perlindungan UV yang baik. Walaupun sejuk, sinaran matahari di sini ibarat ia berada hanya 5meter dari anda. Terik. Kulit kering, pecah memang biasa berlaku.
11. Layering adalah penting di musim sejuk. Pastikan ada base layer, thermal layer, t-shirt atau sweater, kemudian parka atau down feather jacket. Kasut trekking yang baik. Boleh beli waterproof spray can (RM15) dan sembur pada kasut untuk menghalang air salji meresap masuk membasahi stoking. Pakai thermal socks dan sarung tangan yang sesuai untuk perlindungan daripada cuaca ekstrim.
12. Claim VAT dan pilih untuk dikredit ke dalam kredit kad. Kalau ambil wang tunai kena bayar fee. Lagi pun tak guna sebab nak kena tukar balik ke USD.
13. Icelandic chocolates memang sedap. Kami suka Sirius Noi. Beli semua di airport, sehingga RM7 lebih murah daripada di luar.
14. Kalau Melayu sangat, bawa paket-paket cili sos dan kicap. Di Iceland, memanglah tak ada sos kita, tapi sos lain seperti honey mustard, tar tar, salsa semua dicaj. Ada kedai yang bagi free sauce (di restoran makanan segera), tapi kita nak makan sendiri di hotel jadi kenalah bawa juga.
15. Semua Icelanders boleh bercakap bahasa Inggeris dengan fasih. Tak kiraumur.
16. Kami menukar ke simcard Siminn. Coverage sangat bagus dari hulu kampung hingga ke puncak bukit sekali pun.
Ambil 1G Data Only plan berharga lebih kurang RM60. Tak habis pakai pun sebab semua tempat persinggahan ada wifi yang laju. Data penting untuk Whatsapp (call), Waze dan meng-Google tempat menarik secara impromptu (contoh Foursquare).
17. Bateri alatan elektronik cepat habis di musim sejuk kerana suhu sejuk melampau. Jangan risau, hangatkan bateri berdekatan badan dan ia akan hidup semula. Paling elok bawa bateri spare sementara satu lagi tengah ‘reheat’.
18. Satu lagi kenapa data penting ialah kerana kita perlu sentiasa periksa cuaca dan road conditions. Setiap hari. Accu weather dan road.is sangat penting. Periksa map dan laluan anda dan jika ada jalan ditutup, nasiblah.
19. Jika ingin berpecah dari kumpulan, tetapkan masa untuk berjumpa semula di lokasi yang ditetapkan.
20. Sepanjang perjalanan mesti nak stop berkali-kali. Jadi jadual jangan terlalu padat. Luangkan masa bermain salji di tepi jalan contohnya, atau bergambar beribu-ribu lemon kerana seluruh Iceland adalah sangat cantik. Seriously you cant resist it!
21. Snorkle/Scuba diving di Silfra memanglah sejuk, near freezing 0C-2C in winter. Tetapi semua yang melakukannya memang takkan menyesal. Hot chocolate with marshmallow and choc chip cookies after that is so tasty.
22. Kami hanya memandu waktu siang dan mengelak untuk terlewat sehingga malam. Sentiasa berjaga-jaga dengan cuaca dan kondisi jalan.
23. Tidak memerlukan visa untuk ke Iceland. Penggunaan kad kredit amat mudah dan tersedia di mana-mana sahaja dan anda boleh swipe untuk sebarang harga. Tak perlu simpan balance coins ISK yang banyak.
24. Akhir sekali, jaga dan pelihara keindahan alam Iceland. Jumlah pelancong makin bertambah berbanding populasi jadi kerosakan dan kemusnahan akibat tindakan manusia perlu dibendung.
Baca lagi: Bagaimana Untuk Terbang Murah Dan Travel Sendiri Cara Bajet Ke Iceland