Satu ketika dulu kami pernah berkongsi kisah hidup Saudara Faizul Ridzuan yang berjaya melepasi saat sukar dalam hidupnya hingga menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya.
Kali ini kami ingin bawakan sekali lagi kisah beliau dengan lebih lengkap, berserta beberapa rahsia telah beliau sudi kongsikan khas untuk mereka yang berminat mahu menceburi pelaburan hartanah.
Harapan kami kisah ini dapat memberikan inspirasi untuk anda.
________________________________
KENAPA RAMAI YANG TAK MAMPU BELI HARTANAH DAN APA YANG ANDA PERLU BUAT?
Salam semua,
Saya dapati yang kisah saya yang diterbitkan di surat-kabar Malay Mail semalam mendapat sambutan yang sangat positif yang berjaya mendapat lebih 200 SHARE kurang daripada 24 jam. Jadi untuk kawan-kawan yang lebih selesa membaca dalam BM, saya tranlasikan artikel ini dan saya tambahkan pandangan saya kerana saya fikir mungkin ramai yang boleh dapat manfaat melalui perkongsian saya.
Saya ringkaskan pengenalan saya kepada point berikut :
1. Bermula melabur dari tahun 2005 ketika berumur 24 tahun dengan bermodalkan duit sendiri RM2,000 untuk pembelian rumah pertama. Sudah membeli lebih daripada 40 hartanah sehinnga tahun 2014.
2. Sebab ramai rakan online yang mahu baca perkongsian saya, saya telah menulis buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum 30 – yang menghuraikan secara terperinci pengalaman saya dalam pelaburan hartanah.
Perkongsian perjalanan saya dari seorang yang hanya makan-gaji ke pelabur hartanah:
• Latar belakang saya biasa sahaja. Ibu saya adalah penjawat kerajaan yang mengambil pencen awal, dan ayah saya seorang yang melakukan pelbagai kerja dan perniagaan sebelum menetap untuk mengusahakan perkhidmatan cuci kereta. Saya memang berminat dengan dunia perniagaan, tetapi sebab tiada modal saya mula melabur dahulu. Dan selepas membuat banyak research, saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai untuk saya kerana risikonya dan keperluan modalnya yang kecil. Impian kita mungkin masih jauh, tapi tak semestinya kita kena tunggu dah banyak duit baru nak bermula. Kita bermula gunakan apa yang kita ada, secepat yang boleh.
• Orang tak berwang perlu lebih kreatif. Saya tidak datang dari keluarga yang senang atau berada. Ketika saya bermula, saya hanya mempunyai RM2,000.00 di dalam bank. Saya meminjam selebihnya melalui pinjaman kreatif. Sebagai contoh pada masa itu, rakan saya perlu membeli sebuah laptop, dan pada masa itu saya baru sahaja memiliki kad kredit. Peluang saya nampak waktu itu adalah saya boleh beli laptop itu dengan skim pembayaran ansuran selama 12-24 bulan, tanpa faedah. Saya fikir saya boleh ambil duit cash dari rakan saya dan simpan dlm bank dulu, dan saya bayar ansuran bulanan perlahan-lahan. Saya ulangi process yang sama dan selepas 4 bulan saya berjaya mengumpul lebih dari RM20,000.00 untuk digunakan untuk pelaburan menggunakan kaedah ini.
• Bagi saya, saya jenis yang konservatif dalam pelaburan. Ramai orang beranggapan saya seorang yang suka ambil risiko yang tinggi disebabkan saya beli banyak hartanah. Realitinya, saya cuba melabur dengan mengunakan modal paling minimum yang boleh saya buat. Ada banyak hartanah yang saya beli tanpa mengeluarkan satu sen. Strategi saya ringkas sahaja- iaitu membeli hartanah yang berharga dibawah pasaran, dan sewa harus melebihi bayaran ansuran bulanan.
• Belia atau golongan muda hari ini ramai yang merungut harga hartanah mahal, tapi realitinya keutamaan mereka bukanlah simpanan dan pelaburan. Gaji pertama saya adalah RM600.00 saya mampu hidup. Saya beli rumah pertama ketika gaji saya RM2,500. Ramai belia sekarang yang bergaji lebih dari RM3,000 tapi tak mampu beli rumah kerana komitmen mereka tinggi dan tiada simpanan. Cuba kita perhatikan kereta, telefon bimbit dan pakaian mereka dan tidak hairanlah kenapa mereka tidak boleh menyimpan. Ia kembali kepada keutamaan. Ramai belia hari ini saya tengok tak kisah berbelanja RM10 untuk beli kopi berjenama, dan belanja RM30 setiap kali makan di luar.
• Masalah atau “jenayah kewangan” terbesar yang belia sekarang buat, adalah pembelian kereta. Mereka berfikir ia merupakan keperluan, tapi ia bukan. Bagi saya, kereta merupakan kemewahan / keinginan. Saya sendiri beli kereta pertama selepas beli hartanah yang ke-12, dan saya beli kereta terpakai je. Saya pernah kira, kalau kita beli kereta baru termurah di pasaran (Perodua), kita kena belanjakan minimum RM1,000.00 sebulan kerana ansuran kereta, duit minyak petrol, toll, dan penyelenggaraan. Ramai yang mampu bayar ansuran bulanan tetapi lupa kos-kos lain yang datang dgn pemilikan kenderaan. Kereta, adalah beban liabilitl yang semakin lama akan susut nilainya.
• Banyak golongan muda mengikat / mengaitkan kebahagiaan kepada pemilikan kebendaan. Ini bukan sesuatu yang susah difahami. Jika anda menggunakan wang untuk membeli benda, anda hanya akan memiliki benda, dan bukan wang. Jadi kita ada pilihan untuk memiliki pakaian terkini atau handfon baru, atau anda mahu lebih berharta / berduit.
• Tujuan saya menulis buku, bukan sebab nak jadi kaya. Saya lakukan atas minat nak berkongsi ilmu dan pengalamn saya yang tak sebanyak mana dan buat sedikit pendapatan pasif. Untung jualan buku bukan banyak mana, hanya RM4 untuk setiap buku. Saya fikir saya akan cukup gembira kalau saya dapat menjual 1,000 naskah, itu akan membuat saya. Saya cukup terkejut apabila saya diberitahu bahawa jualan buku saya melebihi jualan buku bekas Pendana Menteri negara kita. Sebgai penulis baru, memang saya terkejut tapi saya bersyukur sebab ini rezeki saya yang Allah S.W.T nak beri.
• Saya lihat ada segelintir pihak yang tak suka kepada pelabur hartanah. Mereka berpendapat pelabur hartanah adalah penyebab utama kenaikan harga hartanah. Bagi saya pendapat mereka ni kurang tepat. Harga hartanah di seluruh dunia dalam jangka masa panjang memang sentiasa akan naik walaupun tanpa penglibatan pelabur hartanah. Fenomena ini dah berlaku semenjak 200-300 tahun lagi. Mereka yang merungut mungkin lebih suka melabur dalam besi buruk ( kereta, modify kereta, jam tangan, dan handphone).
• Baru-baru ini, kami melancarkan portal hartanah pertama yang mesra-Bumiputera, di‘carirumah.com.my’. Kami kongsikan pelbagai maklumat berkaitan hartanah kepada pembeli hartanah. Ia merupakan portal pertama yang dilakukan secara dwi-bahasa, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris dan kami mulainya kerana tiada siapa pun yang menawarkannya. Kami nak rapatkan jurang ilmu untuk pelabur yang kurang faham membaca dalam bahasa Inggeris.
• Nasihat akhir saya untuk golongan belia yang mahu memiliki atau membeli hartanah :
o Untuk melabur dalam bidang hartanah, kena buat persediaan terutamanya dari segi ilmu. Saya sendiri belajar 2 tahun sebelum beli rumah pertama. Ketika saya mula melabur, tiada program yang saya mampu pergi kerana semua program harganya lebih RM3,000.00 untuk hadir ke seminar-seminar pelaburan hartanah. Sekarang anda ada banyak alternatif yang murah keana ada banyak program yang harganya tak sampai RM100. Dalam seminar dua-hari yang saya terlibat lalu, kami hanya mengenakan bayaran RM90 seorang, jadi kini anda mempunyai banyak pilihan hari ini.
o Kedua, anda juga perlu menjauhkan diri dari mentaliti yang mengharapkan kerajaan memberikan rumah murah dan mampu milik. Ada banyak alternatif di luar sana, anda kena belajar utk buka mata. Saya masih boleh cari apartment 3 bilik di Damansara pada harga tak sampai RM200,000 hari ini sebab saya ada ilmu untuk tengok.
o Kereta – Jika anda memang perlu sangat beli kereta, beli kereta 2nd hand semurah yang boleh dan beli kereta tunai / cash. Jadikan kereta anda sebagai aset, bukan sebagai beban,
Saya doakan anda lebih celik-wang dan berjaya pada masa kelak.
__________________________________
Like page The Vocket di Facebook